3 Langkah “Mudah” Usahawan Memahami Digital Marketing

Tahun 2021 membuka mata rakyat Malaysia mengenai kepentingan pasaran melalui jaringan internet dalam melakukan kehidupan seharian.

Jumlah pengguna internet di negara kita mencatat lebih dari 50% jumlah keseluruhan penduduk itu sendiri.

Sebagai usahawan pastinya anda mahu meningkatkan jualan produk tetapi menghadapi masalah dengan cabaran pandemik Covid19.

Dalam entri kali ini kami di Usahawan Maya ingin berkongsi dengan anda apakah cara mudah usahawan untuk mempelajari pemasaran digital yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

3 Langkah “Mudah” Usahawan Memahami Digital Marketing Dalam Mendepani Cabaran 2021.

Majoriti usahawan dan majikan mula menceburi langkah pemasaran digital bagi meneruskan perniagaan mereka dengan lebih baik.

Trend ini didapati melalui permintaan dan keadaan terkini pasaran negara kita yang mula berubah dengan pantas disebabkan oleh kekangan dalam tempoh kawalan pergerakan.

Kami berharap dengan perkongsian ini dapat membantu usahawan yang baru mula untuk menceburi bidang digital marketing dengan cara-cara mudah memahami strategi pemasaran terkini ini.

#1. Lihat Langkah Digital Pesaing

Sejak kebelakangan ini kita dapat melihat banyak pengusaha sudah mula mengunakan fb ads, tiktok dan berbagai jenis kempen media sosial yang lain.

Mereka tidak mahu ketinggalan dalam perubahan marketing terkini dan melakukan langkah digital secara membuta tuli. Walaupun mereka rasa sudah mahir tetapi banyak juga kelemahan dari segi teknikal.

Apa yang boleh anda lakukan ialah mengenal pasti kelemahan kempen mereka agar anda tidak mengulanginya pada kempen marketing anda.

Anda juga perlu mengumpul maklumat tentang platform mana pesaing anda gunakan. Tidak semua platfom media sosial sesuai dengan niche produk anda. Jumlah pesaing di dalam sesebuah platform media sosial juga perlu anda ambil kira supaya anda tidak perlu bersaing di dalam platfom yang saturated.

Beberapa usahawan baru yang cuba langkah ini hanya menemui jalan buntu kerana mereka tidak dapat bersaing dengan jenama yang sudah mempunyai nama yang utuh di pasaran.

Usahawan juga boleh mencipta “competitive advantage” produk mereka yang tersendiri kerana pelbagaian media sosial yang memerlukan teknik yang berbeza.

Tiktok misalnya memerlukan teknik konten yang bersahaja seperti video yang berdurasi pendek tetapi dapat menyampaikan mesej yang padat terhadap audience.

Mungkin anda boleh mencipta konten yang sesuai dengan trend terkini berbanding competitor anda yang agak “old school”.

#2. Research Pasaran Terkini Produk

Betul ke produk anda demand sekarang?

Orang hanya peduli mengenai keuntungan yang pantas tanpa mengambil kira Langkah digital marketing yang teoat bagi produk mereka. Oleh itu, di pertengahan kempen mereka mendapati kos marketing lebih dari keuntungan.

Terdapat pelbagai kempen di FB Ads seperti Traffic, Engagement, Conversion dan banyak lagi yang memerlukan teknik yang betul supaya anda boleh mendapatkkan cost per result yang minimum.

Sebagai usahawan yang baru mula berjinak di dalam digital marketing, anda perlu membuat research tentang produk mana yang sedang “Best Seller” di setiap platfom media sosial.

Misalnya platfom Twitter yang kita dapat lihat lebih mengetengahkan produk yang mempunyai penceritaan seperti servis penghantaran bunga, hiasan dalaman yang memerlukan penceritaan sebagai konten .

Terdapat beberapa website yang boleh anda gunakan bagi mengenalpasti trend produk terkini di media sosial . Sesawang seperti Google Trend amatlah membantu untuk anda mengetahui produk atau isu yang sedang trending di google mahupun media sosial.

Melalui maklumat yang tepat anda boleh merangka strategi digital marketing anda dengan lebih efektif.

#3. Rangka Strategi Digital Marketing

Tahun 2021 dapat dilihat ramai yang sudah mula menjadi Influencers di kebanyakan platfom media sodial. Terdapat “Macroinfluencers” dan “Microinfluencers” yang merangkumi semua bidang dan segmen dalam perniagaan. Strategi pemasaran digital dapat dibantu oleh golongan ini tanpa memerlukan kos yang besar dengan menggunakan artis ternama.

Sosial media seperti Facebook mempunyai antara pengikut yang tertinggi di dunia tetapi dan usahawan wajar menggunakannya untuk mendapat pulangan yang baik.

Golongan pengikut Facebook sesuai untuk yang berumur 25 tahun dan keatas kerana mereka mempunyai komuniti yang tinngi di disitu.

Berbanding pula dengan milennial yang lebih meluangkan masa mereka untuk bersosial di Instagram,Twitter dan juga Tiktok.

Dek kerana kita bersemangat,jangan lupa setiap media sosial ini mempunyai penyampaian konten yang berbeza. Sekiranya anda membuat ads yang terlalu padat kontennya di Instagram mungkin tidak akan berkesan kerana pengguna Instagram hanya meluangkan masa yang pendek untuk melihat iklan anda.

Berbeza pula dengan pengguna di Faceboook yang lebih memerlukan konten ads yang lebih padat sebelum membuat pembelian.

Sosial Media

Sebelum ini ramai yang menyangka dengan menggunakan influencer yang memiliki beratus ribu mampu menaikkan lagi jualan. Tapi hakikatnya, jalan yang terbaik untuk mendapatkan audience dengan lebih berkesan adalah dengan menggunakan mikro influencer yang mempunyai lebih engagement dengan followers mereka. Ini kerana follower mereka lebih spesifik, walaupun jumlah follower mereka tidak ramai.

Youtube

Youtube merupakan laman web yang terbesar bagi perkongsian video. Platfom ini boleh digunakan dengan mencipta channel anda tersendiri bagi menarik subscriber. Konten yang unik dan terkini mampu menarik minat audience untuk mengikuti channel youtube anda. Terkini Youtube juga menyediakan kemudahan ads untuk membantu meningkatkan viewers video anda.

Website

Website amat membantu dalam memperkenalkan dengan lebih mendalam produk anda kepada pembeli lantas meningkatkan kepercayaan pembeli dalam membuat keputusan.

Namun tidak mudah untuk usahawan memahami website marketing ini kerana ia memerlukan sedikit perhatian terhadap Search Engine Optimization dan juga Search Engine Marketing.

Apa sebenarnya fungsi kedua dua komponen website marketing ini?

Ia membantu website anda untuk lebih terlihat di search engine seperti menduduki carta teratas dalam sesebuah carian keywords. Faktor ini amatlah penting kerana sekiranya anda di carta terbawah atau di halaman belakang potensi untuk website anda dilihat pengunjung adalah sangat tipis.

Mungkin ini adalah masa yang tepat untuk anda menggunakan Digital Marketing secara total kerana ia tidaklah kompleks seperti yang kita sangkakan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *