4 Content Checkpoint Yang Wajib Anda Ketahui Untuk Tujuan Pemasaran

Saya percaya ramai disini yang berniaga, pasti selain daripada membuat iklan apa yang penting adalah content. Dengan content anda yang bagus ia secara langsung membantu bisnes anda agar tidak nampak terlampau hardsell.

Content yang baik bakal membuatkan pembaca ingin membaca dan seterusnya berminat dengan produk anda. Ianya secara tak langsung membuktikan bahwasanya anda pakar dalam bidang tersebut.

Jadi hari ini saya nak kongsikan dengan anda empat Checkpoint yang perlu anda ketahui sebelum memulakan sebarang penulisan content.

Checkpoint #1. Adakah Audien Percayakan Anda

Untuk sebarang penghasilan content tak kiralah dari segi content penulisan mahupun dari segi visual(video) perkara asas adalah adakah seseorang itu percaya apa yang anda perkatakan. Pastikan apa yang anda tulis tersebut berfakta dan mampu mempengaruhi kepercayaan seseorang

Checkpoint #2. Adakah Audien Anda Berkait Dengan Anda

Adakah audience anda berkait ini lebih bermaksud adakah audien yang anda ini mempunyai kecenderungan dan minat dengan apa yang anda cuba sampaikan. Sebagai contoh sekiranya anda berkongsi sesuatu content berkenaan bisnes pastinya audien yang berkait dengan anda adalah pemilik-pemilik bisnes

Checkpoint #3. Adakah Audien Mempelajari Sesuatu Yang Baru

Perkara yang paling penting untuk anda adalah adakah audien anda mempelajari sesuatu yang baru melalui content yang anda hasilkan. Jika ada nilai tambah yang mampu diberikan dan seterusnya mampu digunakan oleh pembaca, ianya adalah satu kejayaan untuk content anda

Checkpoint #4. Adakah Anda Leader Atau Authority Dalam Kategori Audien Anda

Yang terakhir yang paling penting adalah bagaimana content anda mampu menjadikan anda sebagai authority ataupun leader bagii sesuatu industri. Content-content yang berkualiti dan datang dari hari pasti mampu menjadikan anda authority dalam kategori anda suatu hari nanti.

Akhir sekali jika kita menggunakan konsep “reverse engineering” cuba pastikan keempat-empat checkpoint ini dipenuhi dengan jawapan “YA” untuk memastikan content marketing yang anda buat tersebut mampu memberikan impak kepada bisnes anda. Moga bermanfaat!

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *