5 Kepentingan Kumpul Database Untuk Bisnes Anda

Ramai yang masih tidak sedar tentang kepentingan database dalam bisnes. Database sangat penting untuk mana-mana sahaja usahawan kerana “Database is King“. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 kepentingan kumpul database untuk bisnes anda.

5 kepentingan kumpul database prospek dan pelanggan untuk bisnes anda

1. Menjimatkan kos dan masa

database
Sumber: Unsplash

Pemilik bisnes mesti tahu bahawa menjual kepada orang yang pernah beli dengan kita sebelum ini jauh lebih mudah berbanding menjual kepada prospek baru.

Sekiranya anda mempunyai database yang banyak, ia boleh bantu untuk menjimatkan kos dan masa anda semasa membuat apa-apa kempen dalam masa yang singkat.

Sebagai contoh, promosi sempena Hari Malaysia di mana promosi itu hanya berlangsung selama 24 jam sahaja. Anda sudah tentu tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencari pelanggan baru dalam masa 24 jam. Dengan adanya database prospek dan pelanggan sebelum ini, anda hanya tinggal blast sahaja mesej kempen promosi tersebut kepada mereka.

Bayangkan anda mempunyai 5,000 database dan conversion daripada kempen tersebut adalah 10%. Ini bermaksud 500 orang sudah membeli daripada anda. Anda tidak perlu keluarkan duit untuk membuat iklan berbayar atau sebagainya dengan adanya database ini.

Ini baru satu kempen, belum lagi kempen-kempen yang lain. Nampak tak betapa pentingnya database untuk bisnes anda?

2. Clear target market

database
Sumber: Unsplash

Dengan adanya database, anda akan lebih mengenali target market dan audiens anda yang sebenar. Menerusi database, anda akan dapat maklumat seperti nama, nombor telefon, emel dan alamat prospek serta pelanggan. Dengan ini, anda akan dapat tahu di mana audiens anda berada.

Secara tidak langsung, anda juga dapat tahu produk dan jenama anda terkenal di kawasan mana. Dengan data ini, anda tidak perlu lagi try and error semasa membuat iklan berbayar seperti Facebook Ads, Instagram Ads dan Twitter Ads. Anda boleh fokuskan demografik kepada tempat audiens anda berkumpul berdasarkan database sebelum ini.

Lebih terperinci database yang anda ada, maka lebih banyak perkara yang boleh digunakan daripada segi pemasaran pada masa yang akan datang.

3. Analisis rekod jualan

database
Sumber: Unsplash

Pada masa yang sama, database juga akan memberikan gambaran jelas tentang pattern jualan produk anda. Apabila anda sudah tahu pattern jualan produk, anda boleh membuat target jualan sama ada quarterly ataupun yearly.

Apabila anda membuat target jualan berdasarkan figure, secara tidak langsung ia menjadi target jualan yang relevan berbanding target yang dibuat tanpa sebarang asas. Dalam erti kata mudah, main sebut sahaja target berapa.

Dengan adanya target jualan yang relevan, anda boleh kenal pasti di mana silapnya sekiranya target jualan itu tidak berjaya dicapai.

[LIHAT JUGA] Kenapa Tak Perlu Jual Produk Viral? Ini Sebabnya

4. Engagement

database
Sumber: Unsplash

Di samping itu, database juga akan memudahkan anda untuk membuat engagement dengan prospek mahupun pelanggan. Dalam pemasaran, anda kena bagi prospek lihat iklan anda sekurang-kurangnya tujuh kali dan barulah mereka akan ingat jenama anda. Ya, memang betul.

Dengan adanya database, anda boleh berkongsi apa-apa sahaja benda yang berkaitan dengan bisnes anda kepada mereka. Dari masa ke masa, mereka akan sedar tentang kewujudan jenama anda.

Anda tak perlu menjual setiap masa. Kongsikan content seperti tips, video atau apa sahaja yang berkaitan dengan bisnes anda. Ia boleh dihantar melalui pelbagai platform termasuklah WhatsApp, emel dan sebagainya.

5. Follow up

database
Sumber: Unsplash

Seterusnya, database akan memudahkan kerja anda untuk membuat follow up. Kalau tak simpan database, macam mana nak follow up? Betul tak?

Jangan fikir mereka yang ‘krik-krik’ selepas bertanyakan soalan tentang produk yang anda jual itu tidak akan membeli. Tak rugi pun simpan database mereka.

Selepas beberapa hari, anda boleh membuat follow up dengan mereka sama ada mereka berminat untuk membeli atau tidak. Di sini, mungkin anda boleh selitkat perkara-perkara yang boleh membuatkan mereka take action.

Contohnya:

“Kalau buat pembelian hari ini akan dapat free gift.”

“Nak join tak postage hari ini?”

“Kalau buat pembelian hari ini akan dapat harga promosi.”

Dan banyak lagi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, database sangat penting untuk bisnes anda. Pegang prinsip bahawa “Database is King“. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *