5 Sebab Utama Ramai Memilih Bisnes Dropship

Dunia bisnes mempunyai pelbagai cabang. Salah satu daripadanya adalah bisnes dropship. Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula melibatkan diri dalam dunia dropship bagi menjana pendapatan sambilan mahupun sepenuh masa secara dalam talian. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 sebab utama ramai memilih bisnes dropship berbanding model bisnes yang lain.

Sekiranya anda masih belum memahami terma dropship secara menyeluruh, anda boleh ikuti artikel yang kami kongsikan sebelum ini tentang apa itu dropship.

5 sebab utama ramai memilih bisnes dropship

1. Tidak memerlukan komitmen tinggi

sebab utama ramai memilih bisnes dropship
Sumber: brainfeed

Salah satu sebab utama ramai memilih bisnes dropship adalah kerana ia sama sekali tidak memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi anda yang ingin menjana pendapatan yang lebih di samping gaji kerja sepenuh masa, dropship merupakan pilihan yang terbaik.

Anda hanya perlu mempromosi barang yang dijual dan berhubung dengan pelanggan. Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk membuat benda lain. Sebaik sahaja mendapat pesanan, tugas anda pun selesai kerana pembekal yang akan uruskan penghantaran kepada pelanggan. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga anda di samping memberi anda sumber pendapatan yang alternatif.

Malah, perniagaan dropship ini boleh dibuat dari rumah atau di mana-mana sahaja asalkan anda mempunyai gajet seperti telefon pintar, laptop, komputer atau tablet dan juga internet. Hubungan dengan pihak pembekal dan pelanggan tetap berjalan dengan baik secara dalam talian seperti menerusi melalui emel, media sosial dan aplikasi chatting lain.

2. Tiada risiko

sebab utama ramai memilih bisnes dropship
Sumber: CFI

Sebab utama ramai memilih bisnes dropship yang berikutnya adalah kerana ia tidak berisiko seperti model perniagaan yang lain. Modal untuk menjadi dropship sangat rendah dan dalam sesetengah kes, anda mungkin tidak perlu untuk mengeluarkan modal langsung. Malah, anda juga tidak perlu memegang stok.

Secara tidak langsung, anda tidak perlu menanggung risiko seperti modal hangus, barang tidak terjual, barang tamat tempoh dan sebagainya. Sekali lagi, anda hanyalah orang tengah antara pembekal dan pelanggan. Tugas anda hanya promosikan sahaja.

3. Akan memperoleh pengalaman yang berguna

sebab utama ramai memilih bisnes dropship
Sumber: Capterra

Selain itu, sebab utama ramai memilih bisnes dropship adalah kerana pengalaman. Sesiapa sahaja yang menceburi diri dalam bidang ini akan memperoleh pengalaman yang sangat berguna pada masa hadapan.

Hal ini demikian kerana ia adalah satu perjalanan yang akan mengajar anda untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan juga pembekal. Secara tidak langsung, ini dapat membantu anda untuk meningkatkan kemahiran anda.

Penglibatan diri dalam dunia perniagaan dropship juga sekali gus akan membuatkan anda lebih pakar dalam selok-belok bisnes. Anda akan belajar produk apa yang mendapat sambutan, produk apa yang pelanggan mahukan, produk apa yang sekadar hype semata-mata dan sebagainya. Dengan adanya ilmu-ilmu ini, anda boleh mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang bisnes pada masa yang akan datang.

[LIHAT JUGA] 6 Kelebihan Menjadi Dropship

4. Boleh pilih produk yang sesuai

sebab utama ramai memilih bisnes dropship
Sumber: Pinterest

Seterusnya, ramai yang memilih bisnes dropship kerana kepelbagaian produk yang ada. Anda boleh pilih produk yang sesuai mengikut cita rasa dan minat anda.

Jika anda merupakan seseorang yang sukakan mekap, anda boleh menjadi dropship untuk produk kosmetik. Jika akan peminat kasut, anda boleh jadikan ia sebagai produk jualan anda dalam perniagaan dropship ini. Anda boleh memilih sendiri supaya ia sesuai dengan anda. 

Apabila anda menjual sesuatu yang kena dengan cita rasa dan minat, anda akan jadi lebih bersemangat kerana itu adalah passion anda. Dalam apa jua perkara sekali pun, kita perlu buat sesuatu yang kita suka. Barulah tidak ada rasa terpaksa dalam diri.

5. Sangat praktikal

Perniagaan dropship sangat praktikal dan inilah salah satu sebab utama ramai memilih bisnes dropship. Sebagai seorang dropship, anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan soal proses penyimpanan stok, pembungkusan barang dan proses pengiriman barang kepada pembeli kerana semua ini adalah di bawah tanggungjawab pembekal.

Pada masa yang sama, anda juga tidak perlu memikirkan proses perencanaan bisnes yang cukup kompleks kerana ia juga dilakukan oleh pembekal.

Jadi, demikianlah sebab utama ramai memilih bisnes dropship. Ramai yang telah berjaya menjana pendapatan hanya dengan menjadi agen dropship semata-mata. Anda juga boleh berjaya sekiranya anda dapat mencari lubuk dropship yang bagus. Malah, tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan sehingga lima angka hanya dengan bekerja dari rumah sebagai dropship.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *