6 Strategi Cari Produk Dropship Yang Berpotensi

Dalam bisnes dropship, ramai yang kecundang di tengah jalan gara-gara salah pilik produk. Untuk berjaya dalam bidang ini, anda perlu mempunyai skil bagi mengenal pasti produk yang tepat selari dengan permintaan pelanggan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 6 strategi cari produk dropship yang berpotensi.

6 strategi cari produk dropship yang berpotensi

1. Terdapat pesaing

strategi cari produk dropship
Sumber: SGS

Antara strategi cari produk dropship yang berpotensi adalah produk yang mempunyai ramai pesaing. Ini menandakan bahawa produk itu berpotensi dan ada permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Dalam erti kata mudah, produk yang ramai pesaing itu ada market.

Walau bagaimanapun, elakkan menjual produk yang sama seperti pesaing. Jangan tiru bulat-bulat. Contoh pesaing jual beg tangan jenis A, janganlah anda pun jual beg tangan jenis A juga dengan reka bentuk dan warna yang sama.

Jual produk yang sama tapi tidak serupa. Gunakan produk itu sebagai idea kasar sahaja. Mungkin anda boleh cari produk yang mempunyai variasi lain atau yang lebih baik daripada apa yang dijual oleh pesaing tetapi masih mempunyai fungsi yang sama.

2. Sukar didapati di kedai biasa

strategi cari produk dropship
Sumber: MR.DIY

Strategi cari produk dropship yang berpotensi seterusnya adalah produk yang sukar didapati di kedai biasa. Dalam erti kata lain, produk itu susah untuk dijumpai di mana-mana kedai yang popular seperti Eco Shop, MR.DIY, Daiso dan sebagainya.

Elakkan daripada menjual produk yang mudah didapati di kedai serbaneka kerana ini majoriti pengguna akan lebih cenderung untuk beli di kedai fizikal berbanding secara dalam talian.

3. Produk yang boleh selesaikan masalah

strategi cari produk dropship
Sumber: Urban Home

Strategi yang berikutnya adalah produk yang boleh selesaikan masalah pengguna di luar sana. Selalunya, produk yang memudahkan kehidupan seseorang itu lagi senang dijual berbanding produk yang langsung tiada nilai.

Ini kerana sesiapa sahaja akan mencari solusi untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dan produk yang anda jual mungkin akan meletakkan titik noktah terhadap permasalahan mereka.

[LIHAT JUGA] Panduan Lengkap Lubuk Supplier Dropship 2021

4. Produk yang ada wow factor

Salah satu elemen paling penting dalam menentukan sama ada produk itu berpotensi atau tidak adalah wow factor. Sekarang, terdapat banyak produk yang mempunyai wow factor. Malah, hampir setiap hari kilang di China mengeluarkan produk yang unik dan menarik.

Antara contoh produk yang ada wow factor adalah kasut keluaran Nike yang boleh bertukar warna apabila terkena cahaya matahari. Produk yang ada elemen wow factor ini memang sesuai untuk perniagaan dropship anda kerana keunikannya boleh menarik perhatian ramai pengguna.

5. Peniaga lain ada buat pemasaran berbayar untuk produk tersebut

strategi cari produk dropship
Sumber: Adweek

Selain itu, satu lagi tanda produk itu mempunyai permintaan tinggi adalah apabila anda selalu nampak iklannya di media sosial dan di internet. Buka sahaja mana-mana platform, pasti ada iklan berbayar seperti Facebook Ads, Instagram Ads, Google Ads atau TikTok Ads tentang produk itu.

Iklan-iklan berbayar ini menandakan bahawa produk itu memang ada permintaan dalam kalangan pengguna. Ini kerana selalunya, penjual akan cuba elakkan untuk habiskan duit buat iklan berbayar melainkan ia betul-betul mendatangkan hasil.

Jadi, sekiranya ada iklan produk lalu di feed atau timeline anda, jangan lupa screenshot dan simpan dalam satu folder untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.

[LIHAT JUGA] 6 Kelebihan Menjadi Dropship

6. Ada peluang untuk naikkan harga

strategi cari produk dropship

Satu lagi strategi cari produk dropship adalah ia mesti mempunyai potensi untuk anda naikkan harga sekurang-kurang sekali ganda atau minimum RM30. Kenapa? Ini kerana anda memerlukan kos untuk membuat pemasaran bagi memasarkan produk tersebut kepada pengguna.

[LIHAT JUGA] 5 Sebab Utama Ramai Memilih Bisnes Dropship

Kesimpulannya, tidak kisahlah anda nak jual produk apa sekalipun tetapi pastikan ia mempunyai sekurang-kurangnya tiga daripada ciri-ciri yang kami kongsikan iaitu:

  • Terdapat pesaing
  • Sukar didapati di kedai biasa
  • Produk yang boleh selesaikan masalah
  • Produk yang ada wow factor
  • Peniaga lain ada buat pemasaran berbayar untuk produk tersebut
  • Ada peluang untuk naikkan harga

Semoga perkongsian tentang strategi cari produk dropship yang berpotensi ini bermanfaat buat semua.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

1 comment

  1. Nur Alya

    Terima kasih atas perkongsian awak…. Saya bertambah semangat untuk meneruskan dropship saya….

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *