7 Cara Memilih Influencer Yang Tepat Untuk Bisnes Anda

Pada zaman sekarang, semakin banyak pemilik bisnes memilih untuk membuat pemasaran produk atau servis menerusi media sosial dengan melibatkan Key Opinion Leader (KOL) yang juga dikenali sebagai influencer. Teknik pemasaran ini dikenali sebagai Influencer Marketing. Pemilihan influencer yang tepat akan meningkatkan lagi brand awareness bisnes anda. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu cara memilih influencer yang tepat untuk promosikan bisnes mereka.

Berikut kami kongsikan…

7 cara memilih influencer yang tepat untuk promosikan bisnes anda di media sosial

1. Kenali audiens sasaran anda

cara memilih influencer

Salah satu cara memilih influencer untuk promosikan bisnes anda adalah untuk kenali audiens sasaran anda terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak tahu siapa sebenarnya audiens sasaran untuk bisnes anda, Influencer Marketing yang dijalankan tidak akan berhasil. Hal ini demikian kerana anda mungkin akan membuat kesilapan daripada segi pemilihan influencer di mana audiens mereka berbeza dengan audiens sasaran anda.

Bagaimana cara untuk mengetahui siapa sasaran audiens bisnes anda?

Jawapan kepada soalan-soalan di bawah akan menjawab siapa sebenarnya sasaran audiens anda:

  • Siapa yang akan beli produk anda jual?
  • Apa jantina dan umur mereka?
  • Adakah mereka bujang, sudah berkahwin, mempunyai keluarga?
  • Apa pekerjaan mereka?
  • Apa hobi mereka?

2. Pilih influencer yang sesuai dengan niche bisnes anda

cara memilih influencer

Cara memilih influencer yang seterusnya adalah untuk menggunakan servis mereka yang sesuai dengan niche bisnes anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai bisnes tudung, anda perlu mencari influencer yang mengenakan tudung dan selalu berkongsi swafoto dengan pengikut mereka. Jika anda mempunyai bisnes makanan pula, anda boleh memilih influencer yang sering berkongsi review makanan di akaun mereka.

3. Lihat content berbayar yang telah influencer buat

cara memilih influencer

Sebelum memilih influencer untuk promosikan bisnes anda, lihat terlebih dahulu content berbayar yang mereka buat sebelum ini. Ramai influencer yang sekadar posing semata-mata dengan produk. Cuba cari influencer yang bukan sekadar bergambar dengan produk tetapi mampu menyampaikan nilai produk tersebut kepada audiens.

Lihat juga pada kapsyen content berbayar yang mereka buat sebelum ini. Letakkan diri anda sebagai seorang pengguna. Adakah anda berminat untuk mencuba produk yang dipromosikan oleh influencer berkenaan berdasarkan apa yang dicoret pada kapsyen?

[LIHAT JUGA] 7 Teknik Menjual Di Instagram

4. Lihat engagement influencer yang bakal anda pilih

cara memilih influencer

Selain itu, cara memilih influencer yang ramai terlepas pandang adalah untuk melihat engagement mereka. Ramai pemilik bisnes yang tersilap langkah dan memilih influencer berdasarkan bilangan pengikut yang mereka ada. Benda yang patut dilihat adalah engagement dan bukannya bilangan pengikut. Ini kerana kuantiti pengikut sama sekali tidak menjamin kualiti daripada segi engagement.

5. Lihat kualiti gambar dan video influencer berkenaan

cara memilih influencer

Cara memilih influencer yang berikutnya adalah untuk lihat kualiti gambar dan juga video yang dimuat naik oleh mereka. Pastikan gambar dan video mereka berkualiti tinggi supaya produk yang dipromosikan boleh dilihat dengan jelas dan menarik minat audiens.

Sekiranya anda menjual produk kecantikan, elakkan memilih influencer yang menggunakan beauty filter. Sebagai contoh, jika produk yang dipromosikan adalah gincu, penggunaan filter akan membuatkan warna gincu tersebut jauh berbeza dengan warna asal. Jika anda menjual produk penjagaan wajah pula, audiens tidak akan percaya yang produk anda boleh menghilangkan jerawat sekiranya influencer berkenaan mengenakan beauty filter yang terlampau tinggi.

[LIHAT JUGA] Kesan Ilustrasi Dan Manipulasi Gambar Dalam Penghasilan Visual Di Media Sosial

6. Bajet

cara memilih influencer

Pemilihan influencer juga harus dibuat berdasarkan bajet anda sendiri. Sekiranya anda baru berjinak dalam dunia bisnes dan tiada bajet yang besar untuk pemasaran, pilih influencer yang sesuai dengan bajet anda. Elakkan menggunakan servis mereka yang lari daripada bajet asal anda kerana ini mungkin akan mengganggu aliran tunai bisnes anda.

7. Sikap

cara memilih influencer

Sikap influencer itu sendiri juga memainkan peranan yang besar dalam Influencer Marketing. Pilih influencer yang anda selesa untuk bekerja bersama. Elakkan memilih influencer yang sukar untuk dihubungi.

Diharapkan agar cara memilih influencer yang kami kongsikan di atas dapat membantu anda mengembangkan bisnes di media sosial dengan lebih meluas lagi. Jangan lupa komen di bawah, cara memilih influencer mana yang anda rasa paling berkesan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *