7 Cara Naikkan Followers Di Instagram

Jumlah followers di media sosial sangat penting kerana ia boleh diibaratkan seperti first impression audiens terhadap profil anda. Jumlah followers yang tinggi akan membuatkan bisnes anda kelihatan lebih mapan dan profesional. Sebelum ini, kami pernah kongsikan 7 cara naikkan followers di Twitter. Dalam artikel kali ini pula, kami akan kongsikan cara naikkan followers di Instagram.

7 cara naikkan followers di Instagram yang ramai belum cuba:

1. Bina personal branding

cara naikkan followers di instagram

Salah satu cara untuk naikkan followers di Instagram adalah dengan membina personal branding terlebih dahulu. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan personal branding adalah perkara pertama yang anda perlu tahu sebelum mengorak langkah lebih jauh dalam dunia bisnes.

Personal branding merupakan satu cara untuk seseorang itu memasarkan diri mereka, bisnes dan juga kerjaya. Gabungan ketiga-tiga perkara ini akan menghasilkan personal branding yang kukuh. Ia sekali gus akan membuatkan audiens lebih tertarik untuk mengikuti akaun anda, lebih-lebih lagi jika minat mereka sama seperti niche yang anda ketengahkan.

[LIHAT JUGA] 7 Teknik Personal Branding Di Media Sosial

2. Kongsi content yang boleh beri nilai

cara naikkan followers di instagram

Cara naikkan followers di Instagram yang seterusnya adalah dengan berkongsi content yang boleh memberi nilai kepada audiens. Content yang mempunyai nilai di sini bermaksud audiens akan dapat belajar sesuatu selepas melihat perkongsian anda.

Elakkan memuat naik hantaran yang terlalu menjual. Pegang prinsip bahawa audiens tidak suka apabila feed mereka dipenuhi dengan iklan. Sebaliknya, anda boleh pelbagaikan lagi jenis content seperti tips, kuiz, giveaway dan lain-lain.

Sebagai contoh, anda menjual tudung. Anda boleh kongsikan tutorial mengenakan tudung atau cara untuk memadankan warna baju dan tudung yang sesuai. Anda boleh gunakan produk anda sendiri dalam perkongsian tersebut. Melalui cara ini, anda bukan sahaja akan mendapat engagement serta followers tetapi akan ada prospek yang berminat dengan produk anda.

[LIHAT JUGA] Teknik Efektif dan Apresiasi Nilai Dalam Kempen Pemasaran

3. Gambar dan video yang berkualiti

cara naikkan followers di instagram

Cara naikkan followers di Instagram yang berikutnya adalah dengan berkongsikan gambar dan video yang berkualiti. Satu perkara yang anda harus ingat mengenai Instagram adalah ia merupakan platform perkongsian gambar dan video. Berbeza dengan media sosial yang lain, pengguna Instagram selalunya akan menjaga feed mereka supaya tersusun dan kelihatan cantik.

Apabila anda berkongsi gambar dan video yang berkualiti tinggi, audiens akan lebih tertarik untuk mengikuti profil anda. Bukan itu sahaja, penggunaan gambar dan video berkualiti tinggi juga akan menjadikan bisnes anda kelihatan eksklusif.

4. Giveaway atau peraduan

cara naikkan followers di instagram

Antara cara naikkan followers di Instagram yang paling berkesan adalah dengan membuat giveaway produk atau servis yang anda tawarkan. Selain dapat menaikkan engagement dan followers, anda juga boleh mempromosikan bisnes anda kepada pengguna Instagram yang lain.

Giveaway yang dibuat wajib mempunyai syarat-syarat seperti di bawah:

  • Follow @username.
  • Like post ini.
  • Mention tiga orang rakan anda. (Apa-apa sahaja yang boleh naikkan engagement)

Selain itu, anda juga boleh membuat peraduan berbentuk wang tunai atau hadiah lain. Sebagai contoh, sesiapa sahaja yang membeli produk anda berpeluang untuk memenangi iPhone 12. Selain dapat menambahkan jualan, peraduan ini juga sekali gus akan menaikkan jumlah followers anda. Ini kerana mereka yang menyertainya sudah pasti tidak mahu terlepas pengumuman penting atau pengumuman pemenang peraduan tersebut.

5. Paid Review

cara naikkan followers di instagram

Servis Paid Review daripada Key Opinion Leader (KOL) atau lebih dikenali sebagai influencer juga merupakan salah satu cara naikkan followers di Instagram. Terdapat pelbagai jenis Paid Review yang mereka tawarkan seperti review di Instagram Stories, Instagram Feed, Instagram Fleet, IGTV dan Instagram Live. Harga bagi setiap servis ini pula bergantung kepada jumlah followers dan juga engagement KOL berkenaan.

6. Instagram Ads

cara naikkan followers di instagram

Cara naikkan followers di Instagram yang seterusnya adalah dengan membuat Instagram Ads. Dengan servis iklan berbayar ini, anda boleh mensasarkan terus produk atau servis kepada audiens sasaran mengikut bajet yang ditetapkan.

Iklan anda akan muncul di feed, Instagram Stories atau explore pengguna Instagram yang menepati ciri-ciri yang anda tetapkan seperti umur, jantina, lokasi dan minat mereka. Anda juga boleh memilih objektif iklan tersebut sama ada untuk naikkan jumlah followers atau lain-lain.

7. Konsisten

cara naikkan followers di instagram

Cara naikkan followers di Instagram yang terakhir adalah anda mesti konsisten dalam membuat perkongsian di laman sosial itu. Sekiranya anda tidak konsisten dan cuma muncul sekali-sekala, audiens akan mula lupa akan kewujudan anda. Personal branding anda yang kukuh sebelum ini juga kini hilang dibawa angin.

Anda sebenarnya tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk kekal relevan di Instagram. Satu perkongsian sehari di Instagram Feed sudah memadai dengan syarat content itu boleh memberi nilai kepada audiens dan anda mesti konsisten.

Jadi, pastikan anda praktiskan cara naikkan followers di Instagram yang kami kongsikan di atas supaya bisnes anda boleh berkembang di laman sosial ini pula. Jangan lupa komen di bawah, teknik naikkan followers di Instagram mana yang anda rasa paling berkesan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *