Jumlah followers di media sosial memainkan peranan yang penting untuk membina kepercayaan audiens terhadap bisnes anda. Kebiasaannya, audiens akan lebih tertarik untuk membeli daripada akaun media sosial yang mempunyai jumlah followers yang tinggi. Pada masa yang sama, ia juga membuatkan sesebuah perniagaan kelihatan mapan dan profesional. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara naikkan followers di Twitter.
7 cara naikkan followers di Twitter yang ramai tidak tahu:
1. Bina personal branding

Salah satu cara untuk naikkan followers di Twitter adalah dengan membina personal branding terlebih dahulu. Personal branding bukanlah sesuatu yang dilakukan semata-mata untuk menjadi popular di media sosial. Ia merupakan satu kaedah untuk seseorang itu memasarkan diri mereka, bisnes dan juga kerjaya. Anda perlu menggabungkan ketiga-tiga perkara ini dalam membina personal branding.
Dengan adanya personal branding yang kukuh, audiens akan menjadi lebih tertarik untuk mengikuti akaun anda terutamanya apabila niche yang anda ketengahkan sesuai dengan minat mereka. Apabila anda fokus kepada satu niche utama yang mencerminkan bisnes anda, secara tidak langsung followers anda juga akan menjadi audiens sasaran yang tepat. Dengan ini, followers akan bertukar menjadi prospek dan prospek pula boleh bertukar menjadi pelanggan.
[LIHAT JUGA] 7 Teknik Personal Branding Di Media Sosial
2. Kongsi content yang boleh beri nilai

Cara naikkan followers di Twitter yang seterusnya adalah dengan berkongsi content yang boleh memberi nilai kepada audiens. Jika timeline anda penuh dengan content menjual semata-mata, tiada siapa yang akan ikuti akaun anda. Majoriti daripada rakyat Malaysia tidak suka akan iklan. Lihat sahaja YouTube Ads, ramai yang mengeluh apabila YouTube mula meletakkan iklan pada awal video. Konsepnya sama seperti di Twitter mahupun media sosial yang lain.
Apakah yang dimaksudkan dengan content yang memberi nilai kepada audiens? Dalam erti kata mudah, apabila audiens melihat perkongsian anda, mereka akan dapat belajar sesuatu.
Sebagai contoh, anda menjual choco jar. Anda boleh kongsikan cara-cara untuk membuat choco jar di rumah dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Di penghujung bebenang, anda boleh selitkan produk yang anda jual khas untuk mereka yang tidak ada masa untuk buat sendiri. Dengan ini, anda bukan sahaja akan mendapat engagement serta followers tetapi anda juga mungkin akan mendapat pelanggan.
[LIHAT JUGA] Teknik Efektif dan Apresiasi Nilai Dalam Kempen Pemasaran
3. Pemilihan masa yang sesuai

Selain itu, cara naikkan followers di Twitter yang seterusnya adalah dengan memilih masa yang sesuai untuk memuat naik ciapan mahupun bebenang. Pemilihan masa ini sangat penting kerana ia akan tentukan sama ada ramai audiens bakal melihat perkongsian anda atau tidak.
Apabila ramai yang melihat ciapan atau bebenang anda, lagi ramai audiens yang bakal ikuti akaun anda. Masa yang paling sesuai untuk berkongsi sesuatu di Twitter adalah pada jam 12 tengah hari sehingga 2 petang dan 8 malam ke atas.
4. Ambil tahu isu yang sedang trending

Cara naikkan followers di Twitter yang berikutnya adalah dengan mengambil tahu tentang isu yang sedang trending. Sekiranya terdapat isu hangat yang sedang trending di Twitter, elakkan berkongsi tentang isu atau perkara lain. Anda boleh berkongsi pendapat berkenaan isu yang sedang tular itu atau sekiranya ia boleh dikaitkan dengan bisnes anda, cuba tampil dengan satu content yang sesuai.
Sebagai contoh, sebelum ini tular satu ciapan yang mengatakan founder choco jar mengaut untung yang tinggi kerana modal untuk membuatnya sangat murah. Anda boleh counter kenyataan itu dengan mengatakan choco jar yang anda jual sangat berpatutan walaupun menggunakan bahan yang premium. Selitkan sekali review daripada pelanggan anda sebelum ini untuk menguatkan lagi kenyataan itu.
5. Giveaway

Antara cara naikkan followers di Twitter yang paling berkesan adalah dengan membuat giveaway. Anda boleh membuat giveaway produk atau servis yang anda tawarkan. Dengan ini, anda bukan sahaja akan mendapat engagement dan followers tetapi anda juga secara tidak langsung boleh mempromosikan bisnes anda kepada warga Twitter.
Giveaway yang dibuat wajib mempunyai syarat-syarat seperti di bawah:
- RT tweet ini.
- Follow @tweethandle.
- Reply tweet ini dengan nombor 1-1,000 berserta hashtag #Frunchie (Apa-apa sahaja yang boleh naikkan engagement).
6. Gunakan servis Paid Tweet atau Paid Retweet

Cara naikkan followers di Twitter yang seterusnya adalah dengan menggunakan servis Paid Tweet atau Paid Retweet. Kedua-dua ini merupakan servis berbayar bersama Key Opinion Leader (KOL) di laman Twitter atau lebih dikenali sebagai ‘tweetfamous’.
Paid Tweet dan Paid Retweet boleh diibaratkan seperti booster untuk naikkan lagi engagement anda. Kadang-kadang, content anda sudah cukup power tetapi engagement tetap rendah kerana tiada booster yang boleh bantu untuk sebarkannya secara lebih meluas.
7. Memuat naik ciapan dengan konsisten

Cara naikkan followers di Twitter yang terakhir adalah anda mesti konsisten dalam membuat perkongsian di laman Twitter. Apabila anda sekejap ada dan sekejap hilang dibawa angin, audiens akan mula lupakan kewujudan anda. Anda tidak lagi relevan di mata mereka. Anda sebenarnya tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk kekal relevan di Twitter. Satu ke tiga ciapan sehari sudah memadai dengan syarat anda mesti konsisten.
Jadi, pastikan anda praktiskan cara naikkan followers di Twitter yang kami kongsikan di atas supaya bisnes anda boleh berkembang di laman sosial ini pula. Jangan lupa komen di bawah, teknik naikkan followers di Twitter mana yang anda rasa paling berkesan.