7 Platform Untuk Promosikan Bisnes Dropship Anda

Setelah anda sudah ada niche dan menemui pembekal untuk bisnes dropship anda, kini persoalan yang seterusnya adalah bagaimana dan di mana nak jual produk tersebut. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 platform untuk promosikan bisnes dropship anda.

7 platform untuk promosikan bisnes dropship anda

1. Instagram

platform untuk promosikan bisnes dropship
Sumber: Unsplash

Salah satu platform untuk promosikan bisnes dropship anda adalah Instagram. Ia merupakan rangkaian sosial yang boleh anda gunakan secara percuma. Jika sebelum ini Instagram terkenal sebagai aplikasi perkongsian gambar, kini laman sosial ini dikatakan lebih fokus kepada content video atau ciri yang diberi nama Reels.

Perkongsian Reels dikatakan akan mendapat engagement yang jauh lebih tinggi berbanding perkongsian gambar di feed. Video apa yang sesuai untuk Reels? Dalam erti kata mudah, Reels ini sama sahaja macam TikTok. Macam mana anda lihat video TikTok, begitulah Reels. Durasi Reels yang optimum adalah 15 sehingga 30 saat.

2. Twitter

platform untuk promosikan bisnes dropship
Sumber: Unsplash

Ramai yang beranggapan bahawa Twitter tidak sesuai digunakan bagi mempromosikan bisnes. Sebenarnya, banyak bisnes yang berjaya bermula dengan membuat branding di Twitter. Anda hanya perlu tahu cara yang tepat sahaja.

Di Twitter, elakkan content yang terlalu menjual. Sebaliknya, anda boleh kongsikan content yang memberi nilai kepada audiens. Percayalah, jika anda konsisten berkongsi content yang memberi nilai kepada audiens, pengikut anda akan bertambah dalam masa yang singkat sahaja.

Sebagai contoh, anda mempunyai perniagaan dropship tudung. Anda boleh kongsikan tips-tips yang berkaitan seperti cara pemilihan warna tudung yang sesuai dengan tona kulit, cara penjagaan tudung yang betul, cara menghilangkan kesan mekap pada tudung dan macam-macam lagi.

Di penghujung bebenang atau thread tips tersebut, anda boleh selitkan tentang produk yang anda jual. Barulah tak nampak hard sell. Kalau terus hard sell, audiens pun tak berminat nak baca dan akan terus scroll.

[LIHAT JUGA] Cara Pilih Niche Yang Tepat Untuk Bisnes Dropship Anda

3. Facebook

platform untuk promosikan bisnes dropship
Sumber: Unsplash

Platform untuk promosikan bisnes dropship anda yang seterusnya adalah Facebook. Di laman sosial ini, anda boleh kongsikan tentang bisnes anda di mana-mana Group atau Page yang berkaitan dengan niche anda. Anda juga boleh gunakan ciri Marketplace yang terdapat di Facebook.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih untuk pemasaran, anda boleh membuat iklan berbayar yang dikenali sebagai Facebook Ads. Menerusi Facebook Ads, anda boleh mensasarkan terus produk yang anda jual kepada audiens sasaran mengikut bajet yang ditetapkan.

Iklan anda akan muncul di feed pengguna Facebook yang menepati ciri-ciri yang anda tetapkan seperti umur, jantina, lokasi dan minat mereka. Anda juga boleh tetapkan objektif iklan tersebut sama ada untuk engagement, leads dan sebagainya.

4. TikTok

platform untuk promosikan bisnes dropship
Sumber: Unsplash

Sejak tahun lepas, TikTok semakin mendapat tempat di hati pengguna dan mula mendominasi carta media sosial di Malaysia. Ramai yang menggunakan TikTok untuk tujuan mempromosikan bisnes masing-masing.

Anda sebenarnya boleh menggunakan content yang sama untuk TikTok dan juga Reels di Instagram. Anda mungkin perlu pegang beberapa stok produk yang dijual dalam bisnes dropship anda untuk dijadikan sebagai content.

Dengan adanya produk di tangan, anda boleh hasilkan bermacam-macam content. Tak perlu banyak pun, satu unit bagi setiap barang sudah lebih daripada cukup. Dengan ini, audiens akan lebih percaya terhadap bisnes anda.

5. E-commerce

platform untuk promosikan bisnes dropship
Sumber: Unsplash

Seterusnya, anda boleh menggunakan laman e-commerce untuk memasarkan produk anda. Dengan adanya laman e-commerce, pelanggan boleh melihat produk yang anda jual dan boleh memesannya.

Di sini juga, anda boleh mengumpulkan pembayaran daripada pelanggan, menguruskan pesanan dan mengkonfigurasi saluran untuk menghantar pesanan tersebut kepada pembekal anda. Melalui e-commerce, pembekal anda boleh berkomunikasi dengan anda dan memberitahu anda bahawa pesanan telah dipenuhi.

Salah satu e-commerce yang anda boleh gunakan adalah Shopify. Ia merupakan perkhidmatan laman web yang dihoskan dan mereka akan membantu anda membina serta melancarkan e-commerce bagi bisnes dropship anda dari A hingga Z.

[LIHAT JUGA] Kenapa Tak Perlu Jual Produk Viral? Ini Sebabnya

6. Blog

platform untuk promosikan bisnes dropship
Sumber: Unsplash

Di samping itu, anda juga boleh gunakan blog sebagai salah satu platform untuk promosikan bisnes dropship anda. Walau bagaimanapun, blog mungkin akan memerlukan sedikit masa berbanding platform yang lain, lebih-lebih lagi jika anda fokus pada content SEO.

7. WhatsApp

platform untuk promosikan bisnes dropship
Sumber: Unsplash

Akhir sekali, anda boleh guna ciri Status di aplikasi WhatsApp untuk promosikan bisnes dropship anda. Di sini, fokusnya lebih pada menjual kepada kenalan. Lakukannya dengan konsisten dan dari masa ke masa, pasti ada yang berminat dengan produk yang anda jual.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai platform untuk promosikan bisnes dropship anda. Tak perlu promosikan di semua tempat pun tidak mengapa, asalkan konsisten. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *