7 Teknik Menjual Di Instagram

Pandemik yang melanda negara kita membuatkan ramai peniaga mula beralih kepada media sosial untuk mempromosikan perniagaan masing-masing. Malah, ada yang sebelum ini langsung tidak mempunyai akaun media sosial untuk bisnes mereka. Ramai yang cuba menjual di Instagram tanpa mengetahui teknik yang betul. Sebenarnya, ada teknik menjual di Instagram yang ramai tidak tahu.

Berikut kami kongsikan…

7 teknik menjual di Instagram yang anda wajib cuba:

1. Gambar dan video yang berkualiti

teknik menjual di instagram

Pertama sekali, teknik menjual di Instagram yang paling penting adalah untuk menggunakan gambar dan video yang berkualiti semasa mempromosikan produk atau servis anda. Gambar dan video yang berkualiti akan menarik minat audiens untuk melihat profil anda. Pada masa yang sama, ia juga akan membuatkan bisnes anda kelihatan profesional di mata audiens.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh menggunakan khidmat jurugambar profesional untuk mengadakan sesi penggambaran di studio. Sekiranya anda masih setahun jagung dalam dunia bisnes dan tidak mempunyai bajet untuk berbuat demikian, jangan risau kerana anda boleh membuat sesi penggambaran sendiri di rumah. Apa yang diperlukan cuma telefon pintar dan juga pencahayaan yang baik.

2. Pelbagaikan jenis content

teknik menjual di instagram

Teknik menjual di Instagram yang seterusnya adalah untuk mempelbagaikan jenis content. Elakkan content yang hard sell semata-mata kerana audiens akan menjadi turn off apabila anda kelihatan terlalu menjual. Sebaliknya, banyakkan content lain yang boleh memberi manfaat kepada audiens dan menaikkan engagement.

Sebagai contoh, anda boleh kongsikan tips yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda tawarkan. Anda juga boleh membuat giveaway berserta syarat audiens perlu mengikuti anda dan kongsikan hantaran tersebut di Instagram Stories mereka. Dengan ini, anda bukan sahaja dapat uar-uarkan bisnes anda kepada lebih ramai pengguna lain tetapi anda juga dapat menambahkan pengikut di Instagram. Kata orang, sambil menyelam minum air.

3. Tanda pagar

teknik menjual di instagram

Selain itu, penggunaan tanda pagar atau hashtag juga merupakan salah satu teknik menjual di Instagram yang paling berhasil. Selitkan tanda pagar yang sesuai dengan produk atau servis yang anda tawarkan. Sebagai contoh, anda boleh gunakan tanda pagar #sayajualtudung sekiranya anda mempunyai bisnes tudung.

Pada masa yang sama, anda boleh selitkan lokasi pada tanda pagar yang digunakan supaya mereka yang berminat untuk Cash On Delivery (COD) boleh dapatkan apa yang diingini daripada anda. Contohnya, jika anda menjual choco jar, anda boleh gunakan tanda pagar #chocojarampang. Mereka yang tinggal di Ampang dan sedang craving choco jar pasti akan terus muncul di Direct Message anda!

4. Kongsi review daripada pengguna

teknik menjual di instagram

Jangan sesekali sia-siakan review daripada pengguna kerana semua itu boleh digunakan sebagai content. Malah, review jujur daripada pihak ketiga ini sebenarnya lebih berkesan untuk mempengaruhi orang lain supaya turut serta membeli. Setiap kali pelanggan menerima produk anda, jangan lupa untuk ingatkan mereka supaya tinggalkan review. Semakin banyak review, semakin tinggi juga rasa ingin cuba dan tahap kepercayaan audiens lain yang melihat.

Apabila pelanggan anda memuat naik Instagram Stories tentang produk yang dibeli dan mention anda, pastikan anda repost semula Instagram Stories tersebut. Dengan ini, akan timbul rasa ingin cuba dalam diri audiens yang lain. Memandangkan ramai yang sudah cuba, mereka pun kena cuba.

5. Konsisten

teknik menjual di instagram

Seterusnya, pastikan anda membuat hantaran dengan konsisten. Ingat, consistency is the key dalam semua perkara termasuklah menjual di Instagram. Sebaiknya, pastikan ada sekurang-kurangnya satu hantaran dalam masa sehari di Instagram Feed. Pada masa yang sama, elakkan spam terlalu banyak hantaran dalam masa yang sama. Ini akan membuatkan pengikut mempunyai kecenderungan untuk berhenti mengikuti akaun Instagram anda.

6. Paid Review

teknik menjual di instagram

Teknik menjual di Instagram yang seterusnya adalah untuk menggunakan servis Paid Review daripada Key Opinion Leader (KOL) atau sering kali disebut sebagai Influencer. Ada pelbagai jenis Paid Review yang mereka tawarkan seperti review di Instagram Stories, Instagram Feed, Instagram Fleet, IGTV dan Instagram Live.

Harga bagi setiap servis ini bergantung kepada bilangan pengikut dan juga engagement KOL itu sendiri. Selalunya, ia bermula dari serendah RM10 dan boleh mencecah ratusan mahupun ribuan Ringgit. Walau bagaimanapun, jumlah pengikut tidak menjaminkan engagement yang tinggi. Pastikan anda pergi ke profil mereka untuk lihat engagement pada Paid Review yang mereka buat sebelum ini.

Pemilihan KOL juga sangat penting dan perlu sesuai dengan niche bisnes anda. Sekiranya anda menjual pakaian, gunakan khidmat KOL yang banyak berkongsi OOTD dengan pengikut mereka. Jika anda menjual makanan pula, mungkin anda boleh menggunakan khidmat KOL yang dikenali kerana review makanan dalam kalangan pengikutnya.

7. Instagram Ads

teknik menjual di instagram

Teknik menjual di Instagram yang terakhir adalah Instagram Ads. Sama seperti Facebook dan Twitter Ads, Instagram Ads merupakan servis iklan berbayar yang membolehkan anda mensasarkan terus produk atau servis kepada audiens sasaran mengikut bajet yang ditetapkan. Iklan anda akan muncul di feed, Instagram Stories atau explore pengguna Instagram yang menepati ciri-ciri yang anda tetapkan seperti umur, jantina, lokasi dan minat mereka.

[LIHAT JUGA] 8 Teknik Menjual Di Twitter

Jadi, pastikan anda praktiskan teknik menjual di Instagram yang kami kongsikan di atas. Jangan lupa komen di bawah, teknik menjual di Instagram mana yang anda rasa paling berkesan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *