7 Teknik Naikkan Engagement Di Twitter

Pada tahun 2021 ini, Twitter telah menyaksikan pertambahan pengguna dengan begitu drastik sekali. Ramai yang sudah mula beralih ke Twitter tidak kiralah untuk kegunaan peribadi mahupun bisnes. Jika sebelum ini ramai yang beranggapan Twitter adalah tempat untuk golongan muda semata-mata, kini tidak lagi. Buktinya, laman sosial itu berjaya mencatat lebih 330 juta pengguna aktif pada setiap bulan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 teknik naikkan engagement di Twitter.

7 teknik naikkan engagement di Twitter yang ramai belum cuba

1. Bina personal branding

teknik naikkan engagement di twitter

Salah satu teknik naikkan engagement di Twitter adalah dengan membina personal branding. Sebelum pergi ke teknik-teknik yang seterusnya, anda wajib membina personal branding terlebih dahulu. Tanpa personal branding, sukar untuk anda menjadi relevan dalam kalangan warga Twitter.

Apakah yang dimaksudkan dengan personal branding? Ia merupakan satu cara untuk seseorang itu memasarkan diri mereka, bisnes serta kerjaya di media sosial. Gabungan ketiga-tiga perkara ini adalah asas dalam membina personal branding di Twitter dan juga media sosial yang lain.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan artikel tentang 7 teknik personal branding di media sosial yang berkesan. Untuk ketahui lebih lanjut tentang teknik membina personal branding, anda boleh rujuk artikel tersebut. Apabila personal branding anda sudah cukup kuat, engagement akan datang dengan sendiri kerana anda sudah relevan di mata audiens.

2. Sharable content

teknik naikkan engagement di twitter

Teknik naikkan engagement di Twitter yang seterusnya adalah dengan berkongsikan sharable content. Apakah yang dimaksudkan dengan sharable content? Apabila audiens melihat ciapan anda, mereka akan belajar sesuatu dan akan timbul rasa untuk kongsikan apa yang baru sahaja mereka lihat itu kepada pengikut yang lain.

Elakkan content yang terlalu menjual kerana percayalah, majoriti daripada audiens tidak akan kongsikannya kepada rakan-rakan yang lain. Sebaliknya, anda boleh berkongsikan tips atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan niche anda. Di sini, anda sebenarnya sedang menjual tetapi secara halus dan bukannya terang-terangan.

[LIHAT JUGA] Teknik Efektif dan Apresiasi Nilai Dalam Kempen Pemasaran

3. Topik yang sedang trending

teknik naikkan engagement di twitter

Selain itu, teknik naikkan engagement di Twitter yang berikutnya adalah dengan mengambil tahu tentang topik yang sedang trending. Apa yang anda boleh buat adalah dengan turut serta menyuarakan pendapat tentang isu yang sedang tular itu. Dengan ini, ciapan anda akan menjadi relevan dengan isu semasa.

Cuba bayangkan, rata-rata pengguna lain sedang sibuk bahaskan isu peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana didapati beroperasi melebihi had masa ditetapkan. Anda pula muncul di timeline dengan tips memilih warna tudung yang sesuai dengan tona kulit. Majoriti daripada audiens tidak akan berminat untuk melihat apa yang anda kongsikan kerana mereka tertumpu kepada isu abang burger tadi.

4. Paid Retweet

teknik naikkan engagement di twitter

Teknik naikkan engagement di Twitter yang paling ramai buat adalah dengan menggunakan servis Paid Retweet. Tidak dinafikan, teknik ini adalah antara yang paling berkesan untuk naikkan engagement anda di laman sosial tersebut.

Walau bagaimanapun, ramai yang salah anggap bahawa mereka perlu menggunakan servis Paid Retweet daripada Key Opinion Leader (KOL) atau ‘tweetfamous’ yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Tanggapan ini adalah salah dan hanya akan merugikan anda. Jumlah pengikut tidak akan menjaminkan engagement yang tinggi.

Jadi, apa yang perlu anda buat?

  • Cari KOL yang sesuai dengan niche anda.
  • Lihat engagement pada ciapan mereka sebelum ini.
  • Lihat engagement pada ciapan yang mereka Retweet sebelum ini.
  • Pastikan timeline mereka tidak dipenuhi dengan iklan.

[LIHAT JUGA] 7 Tips Atasi Posting Sendu

5. Giveaway

teknik naikkan engagement di twitter

Seterusnya, anda juga boleh membuat giveaway. Walaupun ia memerlukan anda mengeluarkan sedikit kos, giveaway adalah antara teknik naikkan engagement di Twitter yang memang terbukti berkesan. Anda boleh membuat giveaway dalam bentuk barangan ataupun wang tunai.

Letakkan syarat supaya mereka yang ingin memenangi giveaway tersebut wajib aktif di Twitter anda sepanjang tempoh ia berlangsung. Dengan ini, anda bukan sahaja akan mendapat engagement di ciapan giveaway itu tetapi juga di ciapan-ciapan yang lain.

Antara syarat-syarat lain yang anda boleh gunakan:

  • Retweet.
  • Follow.
  • Reply dengan menggunakan tanda pagar.

6. Networking

teknik naikkan engagement di twitter

Antara teknik naikkan engagement di Twitter yang lain termasuklah aktif dalam membina networking. Teknik ini sangat penting untuk menjadikan anda relevan dalam kalangan pengguna yang lain. Anda boleh membuat networking dengan cara membalas ciapan pengguna lain terutamanya mereka yang memang sudah dikenali di Twitter.

7. Konsisten

teknik naikkan engagement di twitter

Teknik naikkan engagement di Twitter yang terakhir adalah anda mesti konsisten melakukan teknik-teknik di atas. Sekiranya anda tidak konsisten, engagement mungkin akan ada tetapi ia tidak akan berkekalan.

Jadi, pastikan anda praktiskan teknik naikkan engagement di Twitter yang kami kongsikan di atas. Jangan lupa komen di bawah, teknik mana yang anda rasa paling berkesan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *