7 Teknik Personal Branding Di Media Sosial Yang Berkesan

Anda mempunyai bisnes atau berminat untuk melibatkan diri dalam dunia bisnes? Perkara pertama yang anda perlu tahu sebelum mengorak langkah lebih jauh dalam bidang ini adalah personal branding. Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat teknik personal branding di media sosial untuk pastikan ia betul-betul membuahkan hasil.

Bila sebut sahaja personal branding, ramai yang salah anggap bahawa ia dilakukan seseorang semata-mata untuk menjadi popular di media sosial. Apa sebenarnya personal branding? Personal branding adalah satu cara untuk seseorang itu memasarkan diri mereka, bisnes dan juga kerjaya. Gabungan ketiga-tiga perkara ini adalah akar umbi dalam membina personal branding di media sosial.

Berikut kami kongsikan…

7 teknik personal branding di media sosial yang anda wajib tahu:

1. Guna nama sebenar

teknik personal branding di media sosial

Salah satu teknik personal branding di media sosial adalah untuk guna nama sebenar anda. Elakkan daripada mengguna nama orang lain atau nama rekaan. Penggunaan nama sebenar akan membuatkan audiens percaya dengan anda. Dalam erti kata lain, audiens tahu yang anda bukannya scammer.

Jika kita lihat pada individu yang sudah berjaya mecipta personal branding di media sosial, rata-ratanya menggunakan nama sendiri. Mungkin ada yang menggunakan nama samaran tetapi mereka tetap akan menulis nama sebenar mereka di bahagian bio.

2. Guna gambar sebenar

teknik personal branding di media sosial

Selain nama sebenar, anda juga perlu menggunakan gambar sebenar. Ini adalah antara teknik personal branding di media sosial yang paling penting dan ramai terlepas pandang. Penggunaan gambar sebenar sekali gus meningkatkan lagi tahap kepercayaan audiens terhadap anda.

Cuba letakkan diri anda di tempat prospek. Peniaga A menggunakan gambar sebenar sebagai gambar profil manakala peniaga B pula menggunakan gambar kucing. Kedua-dua peniaga ini adalah agen untuk jenama yang sama. Peniaga mana yang anda akan pilih? Jawapannya sudah tentu peniaga A. Jika beli daripada peniaga B yang tidak menonjolkan wajah sebenar di media sosial, mungkin dia merupakan scammer.

3. Fokus pada satu niche utama

teknik personal branding di media sosial

Teknik personal branding di media sosial yang seterusnya adalah dengan memfokuskan content pada satu niche utama. Tiada masalah untuk anda kongsikan content daripada niche yang berbeza tetapi cuba letakkan fokus utama pada satu niche sahaja. Dalam erti kata mudah, bila sebut sahaja tentang niche berkenaan, audiens akan terus ingat anda.

Sebagai contoh, sebut sahaja berkenaan penjagaan wajah, majoriti terutamanya golongan wanita akan terus ingat kepada Iman Abdul Rahim. Walaupun Iman Abdul Rahim berkongsi pelbagai content di media sosial beliau termasuklah makanan, fesyen dan barangan rumah tetapi audiens akan ingat pada niche utamanya iaitu penjagaan wajah. Malah, Iman Abdul Rahim turut menerima gelaran ‘Skincare Twitter’ oleh warga laman sosial itu.

4. Aktif bina networking

teknik personal branding di media sosial

Antara teknik personal branding di media sosial yang lain termasuklah aktif dalam membina networking. Ia sangat penting untuk jadikan diri anda relevan di media sosial berkenaan. Bagaimana cara untuk bina networking? Ia semudah membalas ciapan atau meninggalkan komen di perkongsian individu lain yang juga mempunyai personal branding yang kuat di media sosial.

Apabila networking sudah wujud, makin mudah untuk anda membina personal branding di media sosial kerana anda boleh berkolaborasi daripada segi content bersama individu tadi. Kolaborasi bermasa mereka yang sudah mempunyai ramai pengikut secara tidak langsung akan menarik pengikut mereka untuk mengikuti anda.

5. Online presence

teknik personal branding di media sosial

Online presence sangat penting dalam membina personal branding di media sosial. Jangan sesekali ada perasaan malu untuk muncul di media sosial. Anda boleh mula dengan berkongsi ilmu, tips atau apa-apa sahaja yang boleh menarik minat audiens. Jangan lupa untuk membuat hantaran dengan konsisten. Audiens hanya akan ingat anda apabila anda sentiasa ada di feed atau timeline mereka.

Jika anda tidak biasa bercakap di depan kamera, mula dengan berkongsi content dalam bentuk penulisan terlebih dahulu. Kemudian, praktiskan untuk bercakap di depan kamera dari masa ke masa. Apabila sudah selesa, anda boleh berkongsi content dalam bentuk video pula.

[LIHAT JUGA] 8 Teknik Menjual Di Twitter

6. Cipta satu tagline

teknik personal branding di media sosial

Seterusnya, anda perlu mencipta satu kenyataan atau tagline yang menggambarkan diri anda di media sosial. Apabila audiens dengar sahaja tagline tersebut, mereka akan terus ingat pada anda. Sebagai contoh, Khairul Aming menggunakan taglineHey, what’s up guys?” di setiap permulaan video masakan beliau. Begitu juga YouTuber yang terkenal dalam kalangan remaja iaitu Cupcake Aisyah di mana beliau menggunakan tagline “Hidup kena chill.”

Cuba cipta satu tagline yang bukan sahaja unik dan belum pernah digunakan sebelum ini tetapi pada masa yang sama, ia menggambarkan apa niche anda.

7. Jadi diri sendiri

teknik personal branding di media sosial

Sebenarnya, teknik personal branding di media sosial yang paling penting adalah untuk jadi diri sendiri. Tidak salah untuk mendapatkan ilham daripada orang lain terutamanya daripada segi content tetapi anda tidak perlu terikut-ikut dengan cara mereka.

Apabila terlampau terikut-ikut sehingga mahu menjadi persis seperti individu tersebut, anda akan mula rasa penat. Bila perasaan penat mula menguasai diri, anda akan jadi mudah mengalah. Kesimpulannya, jadi diri sendiri dan buat apa yang anda sendiri mahu buat.

Jadi, pastikan anda praktiskan teknik personal branding di media sosial yang kami kongsikan di atas supaya ia memberi impak positif terhadap bisnes anda. Jangan lupa komen di bawah, teknik personal branding di media sosial mana yang anda rasa paling berkesan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *