7 Tips Atasi Posting Sendu

Setiap orang yang mempunyai media sosial pasti pernah menghadapi masalah posting sendu. Selepas beberapa jam, posting hanya menerima kurang daripada 5 Likes atau Retweets. Ruangan komen apatah lagi, langsung tidak mendapat respons daripada audiens. Kadang-kadang, meskipun content yang dimuat naik itu sangat menarik, ia tetap gagal untuk mencatatkan engagament yang tinggi. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 7 tips atasi posting sendu.

7 tips atasi posting sendu yang pasti akan berhasil

1. Ketahui audiens sasaran anda

tips atasi posting sendu

Tips atasi posting sendu yang pertama adalah untuk ketahui audiens sasaran anda. Anda mesti menghasilkan content berdasarkan minat audiens sasaran anda. Dengan ini, mereka pasti akan tertarik untuk memberi respons terhadap posting anda.

Sebagai contoh, anda menjual kosmetik dan audiens sasaran anda adalah wanita yang gemar untuk mengenakan mekap. Apa yang anda boleh buat adalah berkongsi content seperti tutorial mekap, tips yang berkaitan dengan pemilihan atau penggunaan mekap dan banyak lagi.

Bagaimana pula cara untuk mengetahui siapa audiens sasaran bisnes anda?

Jawapan kepada soalan-soalan di bawah akan menjawab siapa sebenarnya audiens sasaran anda:

  • Siapa yang akan beli produk anda jual?
  • Apa jantina dan umur mereka?
  • Adakah mereka bujang, sudah berkahwin, mempunyai keluarga?
  • Apa pekerjaan mereka?
  • Apa hobi mereka?

[LIHAT JUGA] 7 Teknik Personal Branding Di Media Sosial

2. Kurangkan content hard sell

tips atasi posting sendu

Salah satu tips atasi posting sendu adalah dengan mengurangkan content yang terlalu menjual atau disebut sebagai hard sell. Audiens akan menjadi turn off apabila terlalu banyak iklan di timeline atau feed mereka. Posting sebegini juga sukar mendapat engagement yang tinggi kerana ia hanya sekadar iklan di mata audiens.

Anda sebenarnya boleh menjual tanpa menampakkan bahawa anda sedang menjual melalui content berbentuk soft sell. Content sebegini juga akan mendapat lebih banyak engagement berbanding content jenis hard sell.

Sebagai contoh, anda mempunyai bisnes baju pengantin. Anda boleh berkongsi tips memilih bunga tangan atau tips memilih tudung untuk dipadankan dengan baju pengantin. Secara tidak langsung, anda mengiklankan bisnes baju pengantin anda sambil berkongsikan tips-tips berguna kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Content sebegini akan menerima lebih banyak engagement berbanding content yang menjual secara terang-terangan.

3. Wujudkan two-way communication dalam content

tips atasi posting sendu

Tips atasi posting sendu yang seterusnya adalah dengan mewujudkan two-way communication dalam content anda. Hasilkan content yang membolehkan audiens turut serta berkomunikasi dengan anda. Sebagai contoh, anda boleh membuat content berbentuk teka-teki, perkongsian pendapat atau apa-apa sahaja yang mampu menjentik hati audiens untuk meninggalkan respons mereka di ruangan komen.

[LIHAT JUGA] Teknik Efektif dan Apresiasi Nilai Dalam Kempen Pemasaran

4. Iklan berbayar

tips atasi posting sendu

Tips atasi posting sendu yang berikutnya adalah untuk menggunakan servis iklan berbayar seperti Facebook Ads, Instagram Ads atau Twitter Ads. Semasa membuat sesebuah iklan, anda boleh memilih objektif iklan tersebut sama ada untuk mendapatkan leads, pengikut atau engagament. Di sini, anda boleh memilih engagement sebagai objektif utama iklan berkenaan.

5. Giveaway

tips atasi posting sendu

Satu lagi tips atasi posting sendu adalah dengan membuat giveaway. Anda bukan sahaja boleh menguar-uarkan bisnes anda kepada pengguna yang lain tetapi pada masa yang sama, anda juga boleh menaikkan engagement.

Selain meletakkan syarat seperti like, follow dan komen, anda juga boleh menyatakan mereka yang ingin memenangi giveaway tersebut wajib aktif di akaun anda. Aktif di sini bermaksud mereka perlu sentiasa berinteraksi dan memberikan respons terhadap posting-posting yang lain.

6. Muat naik posting secara konsisten

tips atasi posting sendu

Selain itu, tips atasi posting sendu yang ramai terlepas pandang adalah untuk memuat naik content secara konsisten. Ramai yang hanya buat separuh jalan sahaja. Apabila posting mereka agak ‘krik krik’, mereka menjadi malas untuk terus memuat naik content lain. Sebenarnya, kunci utama untuk mendapat engagement yang tinggi adalah konsisten.

Audiens akan mula lupa tentang kewujudan anda apabila anda sekejap ada dan sekejap tiada. Konsisten bukannya bermaksud anda mesti muncul di media sosial setiap saat. Cukup sekadar satu sehingga tiga posting sehari. Yang penting, konsisten!

7. Balas komen

Tips atasi posting sendu yang terakhir adalah untuk membalas komen yang ditinggalkan di profil anda. Jangan sekadar like komen-komen yang ditinggalkan oleh audiens di posting anda. Cuba untuk balas kesemua komen tersebut untuk menaikkan lagi engagement anda.

Jadi, pastikan anda praktiskan tips atasi posting sendu yang kami kongsikan di atas. Jangan lupa komen di bawah, tips atasi posting sendu mana yang anda rasa paling berkesan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *