7 Tips Cari Idea Untuk Buat Content Di Media Sosial

Writer’s block adalah satu keadaan di mana seorang penulis yang sebelum ini boleh menghasilkan penulisan kini mendapati dirinya tidak lagi dapat menulis atau mengalami creative slowdown. Kadang-kadang, keaadan ini berlaku apabila seseorang itu ketandusan idea untuk menghasilkan sesuatu content. Benda yang paling ‘mahal’ dalam sesebuah content adalah idea. Tiada idea maka tiadalah content. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 tips cari idea untuk buat content di media sosial.

7 tips cari idea untuk buat content di media sosial yang akan bantu anda atasi writer’s block

1. Lihat media sosial pesaing

tips cari idea untuk buat content

Salah satu tips cari idea untuk buat content di media sosial adalah dengan melihat media sosial pesaing anda. Dengan melihat content mereka, anda akan memperoleh idea dan tugas anda sekarang adalah untuk tiruvasi content tersebut. Elakkan untuk tiru bulat-bulat tetapi sebaliknya, anda boleh gunakan idea kasar content tersebut dan sesuaikan dengan content anda.

Di sini, anda menjadikan media sosial pesaing sebagai rujukan. Selain mendapatkan idea, anda juga secara tidak langsung boleh tahu content apa yang gagal mencatatkan engagement yang tinggi. Dengan ini, anda tidak perlu bazirkan masa untuk tampil dengan content sedemikian rupa.

[LIHAT JUGA] 7 Tips Atasi Posting Sendu

2. Buat carian di media sosial menggunakan keyword

tips cari idea untuk buat content

Tips cari idea untuk buat content di media sosial yang seterusnya adalah dengan membuat carian di mana-mana laman sosial menggunakan keyword penting yang mencerminkan produk atau bisnes anda. Dengan ini, anda boleh mendapatkan idea berdasarkan apa yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna yang lain.

Selain itu, anda boleh membuat carian menggunakan nama produk anda sebagai keyword. Anda mungkin akan menemui review daripada pelanggan yang pernah mencuba produk anda. Review daripada mereka juga boleh digunakan sebagai content di media sosial anda. Walau bagaimanapun, pastikan anda meminta kebenaran mereka terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang isu.

3. AnswerThePublic

tips cari idea untuk buat content

Tips cari idea untuk buat content di media sosial yang berikutnya adalah dengan menggunakan laman AnswerThePublic. Di sini, anda boleh memasukkan keyword yang berkaitan dengan bisnes anda dan ia akan menunjukkan carian topik-topik atau soalan-soalan yang pengguna lain buat. Anda boleh menggunakan carian mereka sebagai content di media sosial.

Dengan cara ini, content anda juga akan menjadi relevan kerana ia menjawab persoalan yang berlegar di fikiran audiens. Content yang menjawab pertanyaan audiens ini jauh lebih baik daripada content yang syok sendiri kerana audiens belum tentu akan tertarik untuk melihatnya.

4. Answer Socrates

tips cari idea untuk buat content

Selain AnswerThePublic, anda juga boleh menggunakan laman Answer Socrates untuk ketahui carian-carian yang dibuat oleh pengguna lain. Sama seperti AnswerThePublic, Answer Socrates membolehkan anda membuat carian berdasarkan keyword penting yang berkaitan dengan bisnes anda.

5. AlsoAsked

tips cari idea untuk buat content

Satu lagi laman yang membolehkan anda tahu tentang carian-carian yang sering dibuat oleh pengguna lain adalah AlsoAsked. Konsepnya sama seperti AnswerThePublic dan juga Answer Socrates. Kewujudan laman ini sangat membantu untuk jimatkan masa anda kerana anda tidak perlu lagi membuat penyelidikan yang mendalam untuk mendapatkan idea bagi sesebuah content.

6. Amazon

tips cari idea untuk buat content

Tips cari idea untuk buat content di media sosial yang seterusnya adalah dengan menggunakan laman Amazon. Di sini, anda boleh membuat carian apa-apa sahaja judul buku yang berkaitan dengan produk atau servis anda.

Langkah yang seterusnya adalah untuk pilih salah satu buku tersebut dan klik pada butang ‘Look Inside’. Fungsi butang ini membolehkan anda untuk lihat beberapa helaian pertama buku tersebut. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk scroll sehingga ke muka surat yang memparkan isi kandungan buku tersebut.

Di sini, anda boleh mendapat idea content apa yang anda boleh hasilkan berdasarkan isi kandungan buku tersebut.

7. Tanya pengikut

tips cari idea untuk buat content

Tips cari idea untuk buat content di media sosial yang terakhir adalah dengan bertanyakan kepada audiens anda sendiri. Anda boleh menggunakan ciri Questions di Instagram Story untuk bertanyakan content apa yang mereka mahu.

Dengan ini, anda bukan sahaja akan mendapat banyak idea tetapi anda juga mampu menghasilkan content yang relevan dan pasti akan mencatat engagement yang tinggi kerana ia kena dengan minat audiens.

Jadi, setiap kali anda ketandusan idea untuk membuat content, jangan sesekali berhenti tetapi teruskan menulis. Praktiskan tips-tips yang kami kongsikan di atas setiap kali anda mengalami writer’s block. Jangan lupa komen di bawah, tips cari idea untuk buat content di media sosial mana yang bakal anda gunakan!

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *