8 Teknik Menjual Di Twitter Yang Boleh Anda Lakukan Sekarang

Beberapa tahun yang lepas, masih tidak ramai yang menggunakan platform Twitter sama ada untuk tujuan peribadi ataupun bisnes. Daripada jenama-jenama besar sehinggalah peniaga-peniaga kecil, majoriti daripada mereka juga tampak lebih selesa menggunakan media sosial lain terutamanya Instagram dan Facebook untuk mempromosikan bisnes masing-masing. Sebenarnya, ada beberapa teknik menjual di Twitter yang ramai tidak tahu.

Selepas algoritma Facebook dan Instagram mula berubah dari masa ke masa dan memberi kesan kepada engagement yang sekali gus membuatkan jualan jatuh merudum, ramai yang mengambil keputusan untuk beralih ke Twitter. Persoalannya, bagaimanakah teknik menjual di Twitter dengan berkesan?

Berikut kami kongsikan…

8 teknik menjual di Twitter yang pasti akan memberi sinar harapan baharu kepada perniagaan anda:

1. Selami bahasa warga Twitter

teknik menjual di twitter

Setiap media sosial mempunyai ‘bahasa’ yang tersendiri dan begitu juga Twitter. Di sini, bahasa yang digunakan jauh lebih santai. Penggunaan bahasa dan susunan ayat memainkan peranan yang sangat penting kerana ia akan tentukan sama ada audiens akan terus membaca ciapan anda sehingga ke penghujung ataupun sekadar baris pertama sahaja.

Salah satu teknik menjual di Twitter adalah elakkan guna ayat yang terlalu formal. Sebaliknya, setiap ciapan perlu berbunyi persis percakapan sehari-hari kita. Dengan ini, audiens akan berasa lebih dekat dan tertarik untuk menatal apa yang tertera pada skrin mereka.

2. Bina personal branding di Twitter

teknik menjual di twitter

Teknik menjual di Twitter yang seterusnya adalah dengan membina personal branding terlebih dahulu. Ramai yang salah anggap bahawa personal branding ini dilakukan seseorang yang hanya ingin menjadi popular di media sosial. Personal branding sebenarnya adalah satu bentuk aktiviti di mana anda berkongsi dengan pengikut tentang kisah kehidupan peribadi, bisnes dan juga karier. Gabungkan ketiga-tiga perkara ini supaya prospek kenal anda dan mula berinteraksi dengan anda.

Pada masa yang sama, anda juga boleh fokuskan content utama kepada satu niche yang anda pakar dan berkait rapat dengan bisnes anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual serum atau apa-apa sahaja produk kecantikan, anda boleh berkongsi tips-tips menjaga kulit wajah. Dengan ini, audiens akan lebih kenal anda dan percaya dengan apa yang dijual.

3. Masa

teknik menjual di twitter

Selain itu, pemilihan masa untuk memuat naik ciapan juga merupakan salah satu teknik menjual di Twitter. Ia memainkan peranan yang penting untuk tentukan sama ada ciapan anda mencatatkan engagement yang tinggi atau tidak. Pemilihan masa juga turut bergantung pada sasaran audiens anda. Sebagai contoh, jika sasaran audiens anda merupakan mereka yang bekerja 9-5, masa yang sesuai untuk memuat naik ciapan adalah 12 tengah hari sehingga dua petang dan 8 malam ke atas.

Jika perkongsian anda berbentuk bebenang yang sarat dengan info, masa yang paling sesuai untuk memuat naiknya adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Hal ini demikian kerana majoriti pengguna tidak bekerja pada hujung minggu dan beristirahat di rumah masing-masing. Audiens memerlukan waktu yang tidak sibuk untuk membaca sebuah perkongsian yang agak panjang.

4. Berinteraksi dengan pengikut

teknik menjual di twitter

Ramai yang memandang enteng terhadap teknik menjual di Twitter yang seterusnya ini. Anda perlu sentiasa berinteraksi dengan pengikut dan pengguna Twitter yang lain. Like atau Retweet sahaja tidak cukup untuk membuat mereka sedar akan kewujudan anda. Pastikan anda aktif membalas ciapan pengikut dan pengguna lain.

Sekiranya ada pelanggan yang memuat naik gambar serta review produk atau servis anda di akaun Twitter mereka, gunakan peluang ini untuk menguar-uarkan bisnes anda kepada pengikut yang lain. Anda boleh gunakan fungsi Quote Tweet untuk menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas review yang ditinggalkan pelanggan tadi. Review dari parti ketiga ini akan membuatkan prospek lebih tertarik untuk mencuba produk atau menggunakan servis anda.

5. Gunakan servis Paid Retweet atau Paid Tweet

teknik menjual di twitter

Teknik menjual di Twitter yang berikutnya adalah dengan menggunakan servis Paid Retweet atau Paid Tweet. Paid Retweet atau Paid Tweet merupakan servis berbayar bersama Key Opinion Leader (KOL) di laman Twitter atau lebih dikenali sebagai ‘tweetfamous’.

Untuk Paid Retweet, KOL akan mengulang kicau ciapan anda manakala Paid Tweet pula adalah servis di mana mereka akan mempromosikan produk atau servis anda di akaun mereka. Dalam erti kata lain, ia merupakan booster untuk menaikkan lagi engagement anda.

Setiap KOL mempunyai kadar yang berbeza bergantung kepada bilangan pengikut dan juga engagement mereka. Selalunya, ia bermula dari serendah RM1 dan boleh mencecah ratusan mahupun ribuan Ringgit. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa jumlah pengikut tidak menjaminkan engagement yang tinggi. Pastikan anda pergi ke profil mereka untuk lihat engagement pada ciapan berbayar sebelum ini. Elakkan memilih KOL yang timeline-nya penuh dengan ciapan berbayar.

Pemilihan KOL juga sangat penting dan perlu sesuai dengan niche bisnes anda. Jika anda menjual pakaian, tudung atau beg tangan, gunakan khidmat KOL yang banyak berkongsi OOTD dengan pengikut mereka. Jika anda menjual makanan pula, mungkin anda boleh menggunakan khidmat KOL yang dikenali kerana review makanan dalam kalangan pengikutnya.

[LIHAT JUGA] Jenis Posting Seperti Ini Mampu Meningkatkan Brand Awareness

6. Gambar real berbanding poster

teknik menjual di twitter

Di Twitter, cuba elakkan untuk guna poster yang dipenuhi dengan teks. Sebaliknya, gunakan gambar real supaya audiens tidak mempunyai tanggapan bahawa anda sedang menjual. Penggunaan poster yang dipenuhi dengan teks akan membuatkan audiens ada kecenderungan untuk terus scroll tanpa melihat ciapan anda. Penggunaan poster mungkin sesuai di Instagram tetapi tidak di Twitter.

7. Thread Pasar Malam

teknik menjual di twitter

Jika anda sudah biasa dengan Twitter, sudah pasti Thread Pasar Malam pernah melintas di timeline. Selalunya, mereka yang mempunyai pengikut yang ramai akan membuat satu bebenang yang sering kali disebut sebagai Thread Pasar Malam. Di sini, sesiapa sahaja boleh mempromosikan bisnes masing-masing.

Dua perkara yang paling penting di sini adalah harga produk atau servis yang anda tawarkan dan juga Call to Action (CTA). Ketiadaan dua perkara ini akan membuatkan prospek menjadi turn off untuk membeli. Untuk memudahkan prospek, anda boleh masukkan pautan yang membawa mereka terus ke WhatsApp, Shopee atau mana-mana platform yang membolehkan mereka membeli produk serta servis anda.

[LIHAT JUGA] Anda Takut Untuk Menjual? Mungkin Ini Boleh Membantu

8. Twitter Ads

teknik menjual di twitter

Teknik menjual di Twitter yang terakhir merupakan Twitter Ads. Sama seperti Facebook dan Instagram Ads, Twitter Ads adalah servis iklan berbayar yang membolehkan anda mensasarkan terus produk atau servis kepada audiens sasaran mengikut bajet yang ditetapkan. Iklan anda akan muncul di timeline pengguna Twitter yang menepati ciri-ciri yang anda tetapkan seperti umur, jantina, lokasi dan minat mereka.

Dengan Twitter Ads, iklan anda boleh terus sampai ke skrin telefon bimbit prospek tanpa perlu belok ke kiri dan ke kanan. 

Jadi, pastikan anda praktiskan teknik menjual di Twitter yang kami kongsikan di atas supaya bisnes anda boleh berkembang di laman sosial ini pula. Jangan lupa komen di bawah, teknik menjual di Twitter mana yang anda rasa paling berkesan.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *