8 Teknik Tingkatkan Views Instagram Live

Instagram Live merupakan satu ciri di Instagram yang membolehkan pengguna membuat siaran langsung menggunakan aplikasi tersebut dan ia boleh ditonton oleh pengguna yang lain. Ramai pemilik bisnes yang mula menggunakan ciri ini sebagai salah satu cara menaikkan jualan mereka. Walau bagaimanapun, ramai yang berdepan dengan masalah views. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 8 teknik tingkatkan views Instagram Live.

8 teknik tingkatkan views Instagram Live yang pasti berkesan

1. Ketahui objektif Instagram Live

teknik tingkatkan views Instagram Live

Teknik tingkatkan views Instagram Live yang pertama adalah untuk mengetahui objektif anda membuat siaran langsung tersebut. Sebelum berbuat apa-apa sahaja bentuk pemasaran, anda wajib mengetahui objektif anda. Adakah untuk menaikkan jumlah mengikut? Atau mungkin untuk mendapatkan leads? Atau menghabiskan stok?

Apabila anda sudah jelas tentang objektif Instagram Live tersebut, barulah anda boleh memilih content yang sesuai untuk dikupas semasa hari kejadian. Sekiranya anda membuat Instagram Live tanpa mengetahui objektif sebenar, anda akan mula lost kerana anda sendiri tidak tahu apa yang ingin dicapai. Jadi, pastikan anda tahu objektif sebelum mengikuti teknik-teknik yang seterusnya.

2. Masa

teknik tingkatkan views Instagram Live

Salah satu teknik tingkatkan views Instagram Live adalah pemilihan masa yang sesuai. Anda wajib tahu waktu bila audiens anda mempunyai masa terluang. Jika rata-rata daripada audiens anda bekerja 9-5, elakkan membuat Instagram Live pada waktu itu. Masa yang paling sesuai untuk membuat Instagram Live adalah pada malam hari terutamanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ini kerana majoriti tidak terikat dengan pekerjaan masing-masing pada hari berkenaan.

Sebelum memutuskan waktu, anda boleh membuat Poll terlebih dahulu di Instagram Story untuk bertanyakan pendapat audiens anda. Secara tidak langsung, anda telah memberi bayangan kepada mereka bahawa anda akan membuat Instagram Live dalam masa terdekat.

3. Berkolaborasi dengan Key Opinion Leader (KOL)

teknik tingkatkan views Instagram Live

Teknik tingkatkan views Instagram Live yang seterusnya adalah dengan berkolaborasi dengan Key Opinion Leader (KOL) atau dikenali sebagai influencer. Anda boleh menjemput mereka untuk turut serta dalam Instagram Live anda atau anda juga boleh menyuruh KOL tersebut mengendalikan Instagram Live itu sepenuhnya di akaun anda sendiri.

Dengan teknik ini, anda boleh menarik pengikut-pengikut KOL berkenaan untuk menonton Instagram Live anda. Pastikan anda berkolaborasi dengan KOL yang sesuai dengan niche bisnes anda.

4. Promosikan sesi Instagram Live

teknik tingkatkan views Instagram Live

Teknik tingkatkan views Instagram Live yang berikutnya adalah dengan mempromosikan sesi Instagram Live itu secara konsisten. Sebaiknya, promosikan sesi Instagram anda seminggu awal supaya audiens yang berminat untuk sertainya dapat mengosongkan jadual mereka.

Anda boleh menggunakan ciri Countdown di Instagram Story semasa mempromosikan Instagram Live anda. Dengan ini, audiens akan lebih peka dan tahu berapa lama lagi Instagram Live anda bakal berlangsung.

[LIHAT JUGA] 7 Teknik Menjual Di Instagram

5. Pin topik

teknik tingkatkan views Instagram Live

Selain itu, teknik tingkatkan views Instagram Live yang ramai terlepas pandang adalah untuk pin topik ketika ia sedang berlangsung. Dengan berbuat demikian, audiens yang baru sahaja sertai Instagram Live anda akan tahu apa yang sedang dibualkan. Mereka akan jadi lebih berminat untuk menonton Instagram Live anda, lebih-lebih lagi sekiranya topik itu kena dengan minat mereka.

6. Ciptakan engagement

teknik tingkatkan views Instagram Live

Teknik tingkatkan views Instagram Live yang seterusnya adalah untuk mencipta engagement ketika ia sedang berlangsung. Bagaimana caranya? Salah satu kelebihan Instagram Live adalah penonton boleh terus memberikan komen secara langsung kepada anda. Maka, manfaatkan ciri itu dengan semaksimum yang boleh.

Sekiranya terdapat penonton yang bertanya sesuatu, anda boleh terus menjawabnya semasa sesi Instagram Live tersebut. Antara alternatif lain adalah anda boleh membuat sesi Question & Answer (Q&A) di penghujung sesi Instagram Live. Teknik ini sangat berkesan untuk mencipta engagement bersama para penonton.

[LIHAT JUGA] Teknik Efektif dan Apresiasi Nilai Dalam Kempen Pemasaran

7. Giveaway atau contest

teknik tingkatkan views Instagram Live

Teknik tingkatkan views Instagram Live yang berikutnya adalah dengan membuat giveaway atau contest semasa ia sedang berlangsung. Anda boleh memberitahu tentang giveaway atau contest yang bakal dijalankan semasa mempromosikan Instagram Live. Dengan ini, audiens akan menjadi tertunggu-tunggu kerana mereka mungkin akan membawa pulang hadiah daripada Instagram Live anda.

8. Promosi khas

teknik tingkatkan views Instagram Live

Akhir sekali, anda boleh membuat promosi khas yang hanya sah ketika sesi Instagram Live sahaja. Mereka yang berminat untuk dapatkan produk atau servis yang anda tawarkan pasti akan mengikuti Instagram Live anda kerana promosi khas itu.

Anda boleh memberi sedikit hint tentang promosi khas itu semasa mempromosikan Instagram Live. Sebagai contoh, anda boleh memberitahu audiens bahawa akan ada promosi jualan runtuh yang tidak pernah dibuat sebelum ini di sesi Instagram Live yang akan datang. Dengan cara ini, akan timbul rasa ingin tahu dalam diri audiens dan mereka akan mengikuti Instagram Live anda untuk tahu mengenainya.

Jadi, pastikan anda praktiskan teknik tingkatkan views Instagram Live yang kami kongsikan di atas. Jangan lupa komen di bawah, teknik mana yang anda rasa paling berkesan.

[mailerlite_form form_id=1]
Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *