Anda Takut Untuk Menjual? Mungkin Ini Boleh Membantu

Saya tahu ramai yang bersemangat ingin memulakan perniagaan tetapi selalunya akan ada satu halangan besar seolah-olah macam ada seketul batu besar yang akan hempap kepala anda yang menyebabkan anda rasa tak jadi nak teruskan.

Itu sebenarnya anda takut nak MENJUAL!

Memang ada jenis orang yang macam tu, rasa amat “Phobia” apabila nak menjual. Selalunya mereka ini adalah jenis “Introvert”.

Introvert sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif kerana mereka adalah orang-orang yang cenderung untuk diam, tenang, misteri dan suka bersendirian dan ada juga beranggapan mereka adalah golongan yang anti sosial dan sombong.

“Alamak tak nak la aku, malu la aku nak menjual….”

Puncanya satu saje sebenarnya…

The Fear Of Rejection

Ye betul, anda berasa takut, segan, malu apabila produk atau servis yang anda tawarkan ditolak.

Sekiranya ini adalah apa yang berlaku kepada diri anda, mudah sahaja solusinya… JANGAN MENJUAL!

Tapi saya nak buat juga online business ini…

Baik, pertama sekali fahamkan baik-baik apabila anda ingin mulakan perniagaan. Menjual adalah sangat penting untuk perniagaan apa pun.

Sekiranya anda tidak menjual, perniagaan anda tidak akan berkembang dan perniagaan anda akan hancur.

Kita semua tahu menjual adalah nadi bagi sebuah perniagaan. Tanpa menjual, tidak ada pertukaran wang dan tanpa wang, anda tidak akan bertahan lama.

Kuasai strategi penjualan dengan sebaik-baiknya dan anda akan mampu membina perniagaan yang berjaya dan menguntungkan yang mana ia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anda dan mendapat hasil yang lumayan dari pelanggan anda.

Maknanya anda perlu tetap menjual tetapi anda boleh melakukannya tanpa anda, bahkan pelanggan anda sendiri menyedarinya.

Dalam term english selalu orang sebut…

“I am SOLD”

Sekarang ini saya akan kongsikan kepada anda satu strategi yang boleh anda lakukan untuk mulakan perniagaan anda walaupun anda tidak suka menjual.

Strategi yang bakal saya kongsikan kepada anda sebagai seorang business owner ialah apa yang dipanggil sebagai…

Sell Without Selling

Ada satu mitos yang amat popular dimana jika anda mampu menghasilkan konten yang cukup luar biasa dan berkongsi konten anda dengan penuh minat, anda akan mempunyai jutaan follower yang secara automatik akan menyokong apa sahaja yang anda lakukan.

Anda tidak perlu melakukan sesuatu yang menakutkan. Contohnya ialah MENJUAL.

Hari ini untuk membina sebuah perniagaan sebenarnya adalah sangat mudah kerana semuanya boleh di buat secara online.

Seluruh dunia dihubungkan dengan rangkaian social media seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Whatsapp dan sebagainya mengikut “interest” atau minat mereka.

Mereka inilah sebenarnya sasaran business anda. Yang penting ialah bagaimana anda sampaikan produk anda kepada mereka tanpa anda menjual.

Itu dipanggil sebagai…

“Content Marketing”

Sebelum anda mula membuat konten untuk berintekrasi di social media, kenali terlebih dahulu siapa “Audience” anda.

Jadi langkah pertama untuk prospek mengenali produk atau servis anda ialah dengan anda mengenali siapakah “Audience” anda.

Anda harus menawarkan sesuatu yang mereka mahukan

Contohnya follower anda si Aini telah lama follow anda dan amat menyukai anda melalui konten yang anda kongsikan di social media.

Katakan lah anda pula adalah seorang dealer kereta BMW M5 dan dia pula meminati kereta Honda accord, yakinlah anda tidak akan dapat menjual kereta tersebut kepada Aini.

(Dan jika anda berjaya sekalipun, dia akan rasa tak seronok dan rasa tak senang dengan anda.)

Audience anda mestilah seseorang yang menyukai anda, dan juga produk atau servis yang anda tawarkan. Dan pastikan mereka juga jenis orang yang suka membeli.

Sekiranya follower anda adalah jenis orang yang tidak ambil hal pasal life style malah berpenyakit kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi maka mereka tidak akan tertarik dengan apa yang anda tawarkan walaupun anda dapat menunjukkan bahawa dengan memandu BMX M5 akan dapat mengubah hidup mereka.

Sebab utamanya ialah dia bukan audience anda!

Kena tahu betul-betul apa yang dikehendaki oleh audience anda dan produk atau servis apakah yang mereka sedia untuk membeli. Kemudian barulah anda membina produk atau mencari produk yang mampu memenuhi kehendak mereka.

Fahamkan apa yang saya maksudkan? sebab itulah audience itu penting.

Apakah itu content marketing?

Content marekting sebenarnya ialah anda berkongsi maklumat yang informatif, menarik dan bermanfaat atau berguna kepada audience sasaran anda. Simplekan?

Ada empat jenis content yang perlu anda ketahui.

  1. Penulisan
  2. Audio
  3. Video
  4. Image

Jadi di UsahawanMaya ni saya akan fokus kepada empat jenis content tersebut, saya akan cuba terangkan satu persatu didalam perkongsian saya nanti.

Perkara yang paling penting yang wajib anda ambil perhatian ialah apa pun content yang ingin anda hasilkan ianya mestilah bermanfaat ataupun berguna. Tidak ada gunanya membuat content kalau audience sasaran anda tidak mendapat apa-apa nilai darinya.

Matlamat content yang anda hasilkan adalah untuk menolong mereka, meningkatkan kualiti hidup mereka, dan menjadikan diri anda sebagai “Tought Leader” – maksudnya anda menjadi seseorang yang boleh mereka percayai untuk membimbing mereka melalui cabaran yang mereka hadapi berkaitan dengan bidang kepakaran anda.

Jadi content marketing merupakan cara, teknik dan kaedah yang terbaik didalam teknik “Sell Without Selling”.

Setakat ini ada tak saya menyuruh anda pergi jumpa seseorang dan bercakap depan-depan untuk menjual produk atau servis anda?

Tak ada kan?

Kenapa anda perlu pelajari dan menyelami lebih dalam tentang content marketing ni?

Sebabnya kalau anda melakukan content marketing ini dengan cara yang betul, content tersebut akan membina brand diri anda atau jenama perniagaan anda itu sendiri secara automatik.

Maksudnya kalau anda menggunakan content marketing ini untuk personal branding katakan, lebih bernilai content yang anda bina dan kongsikan maka makin tinggi dan hebatlah personal branding diri anda.

Dalam kata lain semakin ramai anda dapat membantu audience sasaran anda melalui content anda tu, maka semakin menjulang tinggi jenama dan reputasi anda sebagai leader dalam bidang anda.

Anda nampak tak?

Disini anda akan mula mendapat perhatian dari audience sasaran anda yang akan menjadi tribe atau follower tegar dan setia anda.

Ada disebut didalam buku ‘Good to Great’ oleh Jim Collins tentang konsep “Flywheel Effect” didalam dunia business.

Hasil usaha anda membina content yang ada VALUE akan menghasilkan “Flywheel Effect” di mana anda mula menghasilkan momentum yang semakin kuat dan mengganas sehingga tiba-tiba anda mampu menguasai dan mendominasi bidang anda tu.

Cara utama bagaimana content marketing tersebut memberikan impak besar kepada personal branding diri atau perniagaan anda adalah melalui TRAFIK yang ORGANIK.

Di sinilah orang akan menemui dan lantas mengenali anda di beberapa jenis platform search engine dan social media, seperti Google, YouTube, Facebook, Instagram atau direktori podcast, dan mula membaca dan meminati content anda.

Apa yang saya maksudkan dengan “organik trafik” ialah begini, orang lazimnya menggunakan internet secara umumnya adalah untuk mencari solution kepada masalah mereka.

Orang yang bermuka jerawat, mereka akan cari… “bagaimana nak hilangkan jerawat”

Orang yang putus cinta, mereka akan cari… “bagaimana nak dapatkan semula girlfriend/boyfriend”

Ini saya hanya berikan sekadar contoh sahaja.

Hasil carian mereka itu, maka mereka akan menemui laman facebook, blog, instagram post yang berkaitan topik tersebut.

Jadi kalau anda membina content berdasarkan contoh yang saya berikan tadi maka begitulah cara mereka menemui anda sejak awal.

Ini pada asasnya berbeza dengan jenis trafik yang lain kerana satu sebab kritikal – orang-orang ini mencari anda. Mereka secara aktif mencari maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda dan menemui anda.

Biarkan mereka mencari anda, bukan anda mencari mereka

Keyword utamanya ialah… mereka mencari anda. Bukan anda mencari mereka.

Berbanding sekiranya anda menggunakan teknik trafik berbayar yang bukan organik, anda sebenarnya interfere atau mengganggu apa yang sedang mereka lakukan.

Mereka adalah jenis pemerhati pasif dan bukannya pencari aktif berbanding trafik organik dari content marketing anda.

Lazimnya adalah lebih sukar dan lebih mahal untuk melakukan pemasaran semacam itu (contoh iklan Facebook, iklan YouTube, dan pada dasarnya setiap jenis iklan lain juga).

Inilah perbezaannya secara ringkas:

Di platform berbayar, anda yang mencari mereka dan menjual kepada audience sasaran anda. Tetapi dengan trafik organik, merekalah yang akan menghampiri dan meminta anda menjual produk kepada mereka.

Anda nak pilih yang mana satu?

Itu yang kita panggil sebagai… “Jual Tanpa Menjual”.

Melalui content marketing anda akan dapat akses terus kepada audience sasaran anda yang sememangnya bersedia untuk membeli dari anda kerana mereka selalu didalam kategori berikut:

  1. Orang-orang ini mempunyai masalah.
  2. Mereka menyedari masalahnya.
  3. Mereka mahu menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga-tiganya adalah elemen penting untuk terhasilnya penjualan didalam business online, ini menjadikan teknik content marketing sangat sesuai untuk mengembangkan perniagaan anda.

Kesimpulannya

Kesimpulannya sekiranya anda ingin membina perniagaan online anda sendiri tetapi takut untuk menjual, teknik content marketing adalah satu kaedah atau teknik yang amat berkesan untuk diri dan business anda.

Pelanggan anda akan membeli dari anda tanpa anda bahkan mereka sendiri sedar kerana fokus mereka adalah kepada penyelesaian masalah mereka yang telah anda sediakan untuk mereka, hasil dari kepercayaan mereka kepada anda melalui kaedah content marketing yang telah anda bina.

Anda ada apa-apa komen? boleh berikan komen anda pada ruangan komen dibawah.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

19 comments

  1. Mafliza Abdul Aziz

    Saya suka penulisan anda

  2. Followne Eyudi

    Thank you for sharing… Saya suka apa yg anda tulis dan sampaikn.. Sebab sy masih baru dan belum tau byk hal dlm business online 😊

  3. Mardiah

    Terima kasih.. perkongsian πŸ‘β˜ΊοΈ

  4. Hafsaf

    Terima kasih..atas perkongsian
    Terbaik πŸ‘

  5. Ain

    I like ur writing

  6. Fitri amin

    Penulisan dan penerangan yang terbaik sekali

  7. QASRINA DAMIA BINTI ZULKEFLI MOHAMMAD

    Thanks for sharing.. 😊 kalau saya nak cari agent untuk business shaklee saya perlu buat content apa ye?? Dan nak post content dekat mana yang lagi elok ye? Personal fb? Fb page atau youtube?

    • Terima kasih Cik Qasrina πŸ™‚

      Berkenaan soalan Cik Qasrina sekiranya tujuan adalah untuk mencari agent maka ianya business opportunity atau hasilkan income. Content yang sesuai adalah content berbentuk business, sales, networking, passive income, life style, leadership dan sebagainya. Nak post kat mana itu saya cadang Cik Qasrina buat page personal branding. Position kan diri Cik Qasrina sebagai business person untuk membantu orang ramai haislkan pendapatan secara berjemaah.

      Berkenaan produk pula, Shaklee adalah dalam category healthy supplement. Boleh juga position diri Cik Qasrina sebagai consultant untuk share atau kongsikan content berkenaan penjagaan kesihatan, lifestyle dan sebagainya. Harap jawapan saya membantu πŸ™‚

  8. Norani

    Almdalh, terima kasih di atas penulisan tuan, sangat2 berguna. Saya merupakan agent produk Noir yang trending sekarang ini, jika saya nk mencari custemor lebih ramai lagi saya perlu masuk flatform mana ya selain whatsapp dan facebook. tq.

    • Terima kasih Cik Norani :-). Apabila saya google noir, ia merupakan produk kecantikkan. Platform Facebook sebenarnya amat baik kalau kena dengan strateginya. Cik Norani boleh kumpullan follower melalui content marketing di Facebook, Instagram dan jugan lupa TikTok. Tidak semestinya kita mesti becerita tentang produk setiap masa kerana ia akan kelihatan hardsell. Boleh mengunakan pendekatan sharing content berkenaan lifestyle, penjagaan kulit, tips wanita berjaya, keyakinan diri (self motivation) dan sebagainya. Harap jawapan saya membantu.

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *