Apa Itu Content Marketing?

Setiap seorang daripada pembaca di sini pasti pernah dengar terma ‘content marketing‘. Ada juga yang menggunakan istilah ‘pemasaran konten’ atau ‘pemasaran kandungan’. Sebenarnya, ia bukanlah satu benda baru. Sekiranya anda mempunyai bisnes dalam talian, anda mungkin sudah pun mengaplikasikan content marketing dalam bisnes anda tanpa sedar. Apa itu content marketing?

Apa itu content marketing?

Menurut Content Marketing Institue, content marketing merupakan salah satu strategi pemasaran yang memfokuskan kepada penghasilkan dan pegedaran content yang berharga, relevan dan konsisten bagi menarik audiens seterusnya mendorong mereka untuk membuat tindakan yang menguntungkan sesebuah bisnes.

Terdapat tiga elemen penting dalam content marketing. Content anda mesti memenuhi tiga syarat ini iaitu relevan, penting dan konsisten. Maksudnya di sini, anda tak boleh sembarangan dalam membuat content untuk content marketing. Ia haruslah memenuhi tiga syarat ini.

1. Relevan

Apa yang dimaksudkan dengan content yang relevan? Sebagai contoh, anda mempunyai bisnes tudung. Maka, content yang dibuat mesti berkaitan dengan bisnes tudung anda. Anda boleh berkongsikan content yang relevan seperti tutorial tudung, tips pemilihan warna tudung mengikut tona kulit wajah, perbezaan jenis tudung dan macam-macam lagi mengikut kreativiti anda.

2. Penting

Relevan sahaja tidak cukup. Pada masa yang sama, anda juga perlu mempertimbangkan sama ada content tersebut penting atau tidak untuk diketahui oleh audiens anda.

Untuk memudahkan kerja anda, apa yang anda boleh buat adalah dengan menyenaraikan topik-topik yang relevan untuk audiens. Kemudian, susun topik yang disenaraikan tadi dari yang paling penting hingga yang paling tidak penting.

3. Konsisten

Elemen yang terakhir adalah konsisten. Dalam content marketing, satu content sahaja tidak cukup untuk menarik perhatian audiens. Anda perlu konsisten dalam berkongsikan content yang memberi nilai kepada audiens.

Tujuan utama content marketing

Ramai yang salah anggap bahawa tujuan content marketing adalah untuk menaikkan engagement dan juga jumlah pengikut semata-mata. Sebenarnya, tujuan content marketing adalah untuk convert audiens menjadi pelanggan. Percaya atau tidak, majoriti audiens akan lebih tertarik untuk membeli produk anda menerusi content yang memberi nilai kepada mereka dan bukannya content yang terang-terang menjual.

[LIHAT JUGA] 4 Content Checkpoint Yang Wajib Anda Ketahui Untuk Tujuan Pemasaran

Kenapa content marketing penting untuk bisnes anda?

apa itu content marketing

Berikut adalah lima sebab kenapa content marketing banyak digunakan oleh syarikat besar di luar sana dan kenapa anda perlu mengaplikasikannya di dalam bisnes anda:

1. Pelaburan jangka panjang

Berbeza dengan iklan berbayar seperti Facebook Ads dan Instagram Ads, content marketing adalah pelaburan jangka masa panjang kerana ia dapat bertahan untuk tempoh waktu yang lebih lama.

Facebook Ads dan Instagram Ads hanya akan berjalan dalam tempoh yang kita tetapkan tetapi content marketing berjalan selama bertahun-tahun lamanya selagi content tersebut masih relevan. Anda juga boleh mengemas kini content anda bagi menyesuaikannya dengan trend semasa.

2. Meningkatkan brand awareness

Content marketing adalah cara yang terbaik untuk tingkatkan brand awareness bisnes dan jenama anda. Dengan berkongsikan content yang penting dan relevan secara konsisten, audiens akan mula ingat terhadap bisnes anda.

3. Mendapatkan kepercayaan pelanggan

Kepercayaan pelanggan tidak akan datang begitu sahaja. Anda perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan kepercayaan tersebut. Salah satu caranya adalah dengan memanfaatkan content marketing.

Sebelum membuat pilihan dalam membeli sesuatu produk, pelanggan selalunya akan membuat research terlebih dahulu. Dengan adanya content marketing, anda secara tidak langsung akan meyakinkan mereka untuk membeli daripada anda.

Pengguna akan lebih cenderung membeli daripada bisnes yang aktif di sosial media dan berkongsikan content menarik dan memberi nilai kepada mereka.

4. Meningkatkan trafik

Antara perkara yang paling ketara apabila anda membuat content marketing adalah peningkatan trafik ataupun engagement. Dengan adanya trafik yang tinggi, secara tidak langsung lebih ramai akan tahu tentang kewujudan bisnes anda.

5. Conversion daripada audiens kepada pelanggan

Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, content marketing boleh meningkatkan trafik ke platform anda. Ia tidak terhenti di situ sahaja. Apabila trafik meningkat, secara tidak langsung, sales conversion juga akan meningkat.

Kesimpulan

apa itu content marketing

Jadi, demikianlah penjelasan tentang maksud sebenar content marketing dan kepetingannya. Ia adalah teknik marketing masa kini yang wajib diterapkan oleh setiap pemilik bisnes. Ia bukan sahaja bagus untuk jangka masa pendek tetapi juga untuk jangka masa panjang. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

1 comment

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Dalam erti kata lain, marketing adalah satu proses yang tidak boleh terhenti. Betul kan? 🙂

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *