Panduan Lengkap Lubuk Supplier Dropship 2021

Gelombang bisnes secara dalam talian makin terasa apabila negara kita dilanda pandemik Covid-19. Rata-rata ingin mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai seorang pemula bisnes dalam talian, anda digalakkan untuk bermula dengan bisnes dropship. Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap lubuk supplier dropship untuk anda yang ingin menceburi perniagaan ini.

Sebelum itu, sekiranya anda masih belum memahami terma dropship secara menyeluruh, anda boleh ikuti artikel yang kami kongsikan sebelum ini tentang apa itu dropship.

Panduan lengkap lubuk supplier dropship 2021

1. Facebook

lubuk supplier dropship
Sumber: Ease

Salah satu lubuk supplier dropship adalah Facebook. Anda hanya perlu membuat carian menggunakan keyword seperti di bawah:

  • program dropship
  • agen dropship
  • agent dropship
  • lubuk supplier dropship
  • dropship wanted
  • dropship wanted malaysia
  • dropship diperlukan

Anda juga boleh memasukkan produk yang anda inginkan semasa membuat carian. Contohnya:

  • agen dropship kasut
  • agent dropship kasut
  • dropship kasut
  • dropship kasut malaysia

2. Shopee

Lubuk supplier dropship yang berikutnya adalah Shopee. Setiap seorang daripada pembaca di sini pasti sudah biasa dengan Shopee. Ramai yang menggunakan Shopee untuk membeli barang persendirian. Sebenarnya, anda juga boleh jadikan Shopee sebagai lubuk supplier dropship untuk mulakan perniagaan dropship anda.

Kebanyakan penjual di Shopee terutamanya mereka yang mempunyai rating tinggi atau Preferred Seller ada membuka peluang perniagaan dropship kepada orang ramai.

Anda hanya tinggal untuk memilih niche atau kategori produk yang anda ingin jual. Sebagai contoh, anda ingin menjual tudung. Buat carian menggunakan keyword tudung. Nanti akan keluar bermacam-macam produk berkaitan tudung. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke kedai mereka dan klik pada ‘Shop Description’.

Selalunya, mereka akan tulis ‘dropshippers are welcomed’ atau ‘dropship dialu-alukan’. Anda hanya perlu chat mereka dan nyatakan hasrat untuk menjadi agen dropship di bawah mereka.

Macam mana pula dengan kedai yang tiada tulis sedemikian di ‘Shop Description’ mereka? Anda boleh sahaja chat mereka dan tanya sama ada mereka ada tawarkan perniagaan dropship atau tidak. Tak rugi pun bertanya.

Apa yang menarik tentang supplier dropship di Shopee adalah mereka sama sekali tidak kenakan sebarang yuran atau bayaran untuk menjual produk mereka.

[LIHAT JUGA] 6 Kelebihan Menjadi Dropship

3. Google

lubuk supplier dropship
Sumber: CNBC

Lubuk supplier dropship yang seterusnya adalah Google. Sama seperti yang lain, anda hanya perlu membuat carian menggunakan keyword produk yang anda ingin jual.

Antara keyword yang anda boleh gunakan untuk membuat carian adalah seperti di bawah:

  • dropship malaysia
  • lubuk supplier dropship
  • lubuk supplier dropship malaysia
  • agen dropship malaysia
  • agent dropship malaysia
  • program dropship malaysia

Kemudian, akan keluar bermacam-macam laman web atau blog yang membekalkan produk untuk perniagaan dropship sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk menjual barangan daripada pembekal Malaysia terutama sekali sekiranya anda masih setahun jagung dalam bidang ini.

Ada segelintir daripada pembekal yang akan kenakan yuran. Kalau boleh, cari yang percuma atau yuran di bawah RM50.

4. Lelong

Lelong.my merupakan sebuah marketplace yang cukup terkenal dan sudah lama wujud. Tujuan ia dibuat adalah agar orang ramai boleh mendapatkan produk yang mereka mahukan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran. Kemudian, nyatakan hasrat anda untuk menjual produk mereka sebagai dropship.

Kebanyakan daripada peniaga di Lelong sangat gembira sekiranya anda ingin menjual produk-produk mereka. Harga yang ditawarkan juga sangat kompetitif. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan diberikan diskaun. Ini sekali gus menjadikan Lelong lebih baik berbanding Shopee kerana majoriti penjual di Shopee tidak akan memberikan diskaun.

5. AliExpress

Selain itu, lubuk supplier dropship yang ramai gunakan adalah AliExpress. Ia merupakan sebuah marketplace yang dimiliki oleh Ali Baba Group. Terdapat jutaan produk buatan China di AliExpress. Anda nak apa, semua ada.

Apa yang menarik tentang AliExpress adalah anda masih boleh dapatkan harga yang sangat murah walaupun hanya pesan satu unit sahaja. Walaupun AliExpress adalah lubuk supplier dropship antarabangsa, anda masih boleh hantar barang tersebut kepada pembeli di seluruh dunia dengan kos yang rendah.

[LIHAT JUGA] 5 Sebab Utama Ramai Memilih Bisnes Dropship

6. Instagram

lubuk supplier dropship
Sumber: Gizmochina

Akhir sekali, anda juga boleh gunakan platform Instagram untuk mencari lubuk supplier dropship. Di Instagram, anda boleh gunakan ciri tanda pagar untuk membuat carian berkenaan produk yang anda ingin jual.

Berikut adalah beberapa contoh untuk anda:

  • #dropshipwanted
  • #dropshipwantedmalaysia
  • #lubukdropship
  • #lubukdropshipmalaysia
  • #dropshipdiperlukan
  • #programdropship

Jadi, demikianlah panduan lengkap lubuk supplier dropship untuk anda yang ingin menceburi bidang ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Author avatar
UsahawanMaya
https://www.usahawanmaya.com

Post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *