Skills#1 Penulisan Copywriting

Kemahiran menulis Copywriting merupakan salah satu dari 5 High Demand Skills yang sangat diperlukan didalam perniagaan online pada hari ini.

Lebih-lebih lagi apabila kita sedang menghadapi ujian PANDEMIK yang menyebabkan pergerakkan kita amat terbatas di sebabkan oleh PKP.

Kalau anda lihat, antara industri yang sedang BOOMING sekarang ini adalah industri Digital Marketing.

Kesemua business perlu dengan kadar segera “Adapt” dengan Norma Baru.

Mereka perlu segera mendigitalkan perniagaan mereka secara online.

Kalau tidak mereka akan ketinggalan dan mungkin akan ditutup!

Dari sudut consumer pula semua orang mahu atau tidak, mereka lebih rasa selesa dan selamat membeli secara online.

Jadi peratusan pembelian secara online sedang rancak dan mencanak naik.

Melihat dari sudut positif, inilah masanya!

Inilah masanya  anda wajib pelajari dan mahirkan dengan skills yang bakal saya kongsikan ini untuk memulakan business online atau pun melonjakkan sales business anda yang sedia ada.

Sebab market online tu terlalu luas.

Syed!… saya belum ada produk lagi. Macam mana tu?

Tidak mengapa jangan risau, ikuti dulu perkongsian saya ni, selepas tu nanti boleh fikirkan apa produk yang boleh dijual.

Kalau nak jawapan segera, saya cadangkan buat DROPSHIP sebab ianya mudah, tidak perlu bina produk atau pegang produk.

Takpe.. itu nanti kita fikirkan sama-sama. 

Mungkin saya akan cuba kongsikan dalam topik khas iaitu berkenaan pemilihan produk untuk dijual.

Boleh ya?

Kalau anda sudah mempunyai produk, itu lagi bagus sebab nanti boleh implement je terus menggunakan skills yang saya kongsikan.

Seperti yang saya janjikan pada hari ini dan seterusnya saya akan kongsikan 5 KEMAHIRAN atau skill penting didalam Social Media Marketing.

1. Penulisan Copywriting
2. Konten Idea
3. Gambar Iklan
4. Grafik (Guna mobile sahaja)
5. Social Media Ads

Sebenarnya ini adalah “High Demand Skill” yang sangat diperlukan didalam perniagaan online hari ini.

Ianya juga sememang telah menjadi rencah dalam setiap kempen marketing yang business owner jalankan untuk jayakan sesuatu kempen marketing perniagaan mereka.

Diakhir topik ini nanti saya akan tunjukkan juga bagaimana dengan semua komponen yang saya kongsikan ini anda mampu menghasilkan JUALAN mencecah RIBUAN ringgit.

Yang penting anda sedia untuk belajar dan yakin boleh!

Baik, kita mulakan dengan topik pertama iaitu…

#1. Penulisan COPYWRITING!

Saya ingin kongsikan 3 perkara utama mengenai topik penulisan copywriting.

[+] Apa itu COPYWRITING

[+] Bagaimana STRUKTUR dalam membuat copywriting

[+] Apakah ELEMEN penting untuk membuat copywriting tu berkesan

Sebelum saya mulakan topik copywriting ini, cuba anda tengok contoh copywriting dibawah ini…

Kalau anda lihat contoh copywriting yang saya berikan diatas, anda akan dapati ada 4 elemen penting didalam setiap copywriting.

Copywriting yang saya maksudkan ialah untuk Social Media Copywriting terutamanya di Facebook.

4 elemen penting tersebut ialah:

1. HEADLINE

2. SUBHEADLINE

3. BODY (USP)

4. CALL TO ACTION (CTA)

Anda nampakkan elemen yang saya maksudkan.

Jadi apabila anda ingin menulis copywriting untuk sesuatu produk, pastikan ada 4 elemen tersebut.

Copywriting tu sebenarnya ialah “Ayat Menjual”.

Didalam dunia offline, kita ada salesman.

Tetapi didalam dunia online, kita ada sales copywriting.

Ayat yang menggunakan PERKATAAN yang tepat dan betul pada audience yang betul mampu mempengaruhi pembaca anda.

Contohnya ialah perkataan JIMAT lebih sesuai digunakan untuk lelaki.

Manakala untuk perempuan, lebih sesuai gunakan perkataan DISKAUN.

Baik, sebelum tu…

MINDSET

Saya nak kongsikan dulu MINDSET utama yang perlu ada sebelum membina sesebuah copywriting iaitu:

1. Pastikan ianya mempunyai VALUE.

2. Penulisan mesti seperti orang “BERCAKAP”.

3. Jangan HARDSELL, tapi timbulkan keinginan.

Tiga mindset ni sangat penting kerana ia ibarat KRITERIA wajib yang perlu ada sebelum anda membina copywriting.

Mindset ini juga penting kerana ianya merupakan salah satu teknik PROVEN yang selalu orang praktikan.

Saya dah buat semua tu, tak jadi pun Tuan. Macam mana ya?

Okay, ada satu lagi elemen penting yang saya nak maklumkan..

Jika anda dah mengikuti elemen ini dan masih gagal…

INGAT ni!

Kuncinya adalah “Copywriting itu mestilah mengenai MEREKA”, bukan diri anda.

Anda kena tahu apa “PAIN” utama yang perlu di highlight kan supaya boleh triggered EMOSI mereka.

Jadi, Apa Itu Copywriting?

Copywriting ini sebenarnya ialah ayat MENJUAL jika kita bercakap di dalam skop pemasaran di SOCIAL MEDIA.

Ayat jualan ini sangat penting untuk memastikan IKLAN anda boleh menjana LEADS dan seterusnya bawa kepada JUALAN.

Flownya macam ni…

IKLAN (copywriting) –> LEADS –> JUALAN.

Untuk tulisan saya kali ini, saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak buat copywriting yang paling mudah dengan 3 CHEAT CODE ini…

Kalau anda ikuti cheat code yang saya kongsikan ini, selepas ini andadah boleh membina copywriting anda sendiri.

Mari kita mulakan…

CHEAT CODE #1:

[+] Google Extension – Turbo Ad Finder

Pergi je dekat https://www.google.com dan search “Turbo Ad Finder“.

Lepas tu connect dengan browser anda dengan klik butang Add to Chrome.

Kemudian anda pin kan dia di chrome bar anda seperti yang saya tunjukkan dibawah ini:

Apa fungsi Extension ini?

Di adalah satu TOOLS dimana dia akan susun WALL FB anda hanya keluar ADS sahaja.

Selalu dia akan keluar feed banyak, lepas tu baru keluar ADS kan?

Lepas ni anda bukak Facebook anda dia keluar semuanya ADS.

Dia hanya filter wall anda hanya keluar ads.

So apa FUNGSINYA?

Fungsinya adalah anda boleh lihat bagaimana page-page bisnes di luar sana lakukan ads dan menulis copywriting.

Anda boleh simpan dan jadikan rujukan pada masa hadapan ataupun jadikan sebagai rujukan idea.

CHEAT CODE #2:

[+] Ads Library

Ini yang paling best. 

Ads library adalah tools yang sangat powerful iaitu anda boleh lihat bagaimana competitor anda lakukan ads.

Mudah je, anda tekan link ads library dibawah:

https://www.facebook.com/ads/library

Selepas itu anda search sahaja competitor atau bisnes page yang anda ingin lihat bagaimana mereka lakukan ads.

Pastikan anda pilih Malaysia, All Ads lepas tu produk atau brand yang anda nak spy.

Anda cuba monitor ads library bisnes page tersebut tu dalam masa 3 atau 4 hari. Jika anda masih lihat ads diaorang masih aktif.

Apa maksudnya tu?

Itu maksudnya ads mereka bagus dan anda boleh jadikan penanda aras sebagai IDEA anda membuat ads!

TIRUVASI.

Itulah cara kita bekerja dengan mudah. Tiru dan Inovasi.

CHEAT CODE #3: 

[+] Headline Analyzer

Tools ini sangat penting dalam menyemak sama ada headline anda POWERFUL ataupun tidak.

Tahu tak sebab apa penting untuk jaga HEADLINE ni?

Headline merupakan STOPPER pertama orang melihat iklan anda selain dariapda gambar.

Anda mempunyai kurang dari 1.8 seconds untuk tangkap perhatian mereka.

Jika anda dapat HOOK headline, maka lebih mudah untuk anda pastikan audien membaca copywriting anda sehingga habis.

Gunakan tools yang saya bagi ni untuk semak headline anda.

https://aminstitute.com/headline/

Yang paling seronok headline ini memberikan juga indicator sama ada headline ini kearah emosi yang bagaimana.

Penting untuk kita tahu ayat kita ini berat ke emosi yang mana?

Anda kena faham bahawa orang MEMBELI KERANA EMOSI.

Saya harap 3 Cheat Code ini boleh bantu anda membina Copywriting dengan lebih baik.

Cheat Code yang saya kongsi ni jika anda tidak mempunyai basic copywriting pun anda boleh hasilkan copywriting!

Saya rasa cukup disini dulu perkongsian saya berkenaan copywriting.

Ini pun rasanya macam dah panjang tapi PADAT.

Saya harapanda dapat manfaat dari perkongsian saya ini.

Pada post yang seterusnya, saya akan kongsikan skill Pencarian Idea Content.

#2. Pencarian idea CONTENT.

Saya akan ajar bagaimana kurang dari 15 minit anda boleh hasilkan 100 idea content.

Kalau anda nak tulis artikel untuk Social Media Post konten, Blog dan sebagainya anda perlukan apa yang akan saya kongsikan next.