Skills#2 Pencarian Idea Content

3 Teknik POWERFUL menghasilkan Idea CONTENT.

Topik hari ini insyaAllah akan menyelesaikan masalah anda dalam membuat content di Sosial Media.

Tujuan content post adalah untuk anda membina engagement dengan Audien.

Ianya perlu consistent untuk membina trust & credibility brand atau produk anda.

Dibawah ini adalah contoh content post di Social Media.

Ada 2 element penting saya tunjukkan diatas iaitu:

1. Post Content
2. Gambar Visual

Untuk gambar visual saya akan kongsikan pada skills yang ke tiga nanti pada email seterusnya.

Hari ini kita fokus pada post content!

Kalau anda follow rapat apa yang saya kongsikan didalam email ni…

Kurang dari 15 minit anda boleh hasilkan 100 idea content untuk sosial media anda.

Ready?

Kebanyakkan dari kita akan hadapi masalah “Creative Block” bila nak update social media.

Jadi pada hari ini saya kongsikan FORMULA ini, khas untuk anda.

Ini sebenarnya teknik digital agency bagaimana mereka membina content dengan cepat walaupun mempunyai ratusan client.

Setiap client pula niche (topik) berbeza.

Cuba anda bayangkan berapa ratus content team agency perlu produce dalam masa sebulan?

Ada agency yang jaga brand client mereka selama 2 tahun dan masih continue sehingga sekarang.

Ribuan content telah dibuat sepanjang servis mereka.

So apakah RAHSIA nya?

Saya kongsikan kepada anda…

3 Teknik untuk mendapatkan 100 idea content kurang dari 15 minit!

Ok kita start dengan Amazon.

#1. Amazon.com

Amazon adalah salah satu tempat pencarian content yang paling mudah sekali.

Amazon sendiri merupakan website yang paling besar yang menjual buku secara online.

Kat mana nak cari content?

– anda pergi ke bahagian Search box tu.

– Kemudian pilih kategori BOOKS

– Tulis sahaja tajuk buku yang anda ingin cari 

(berdasarkan topik yang anda nak tulis)

– Tekan pada gambar buku berkenaan, ia akan akan keluar  perkataan “Look Inside” dekat belah kanan atas buku tu. 

Klik situ!

Pastikan ianya adalah BUKU HARDCOVER, bukan audible books.

Kalau audible books dia akan berikan anda audio sample. Tiada ciri untuk “look inside” tu.

Lepas anda dah “Look Inside” lihat pada muka “Isi Kandungan”.

Disinilah anda akan dapat ribuan idea daripada isi kandungan buku berkenaan.

Jadikan idea tu sebagai tajuk research anda di Google.

Anda boleh faham kan?

“Syed, boleh tak tolong lukiskan?”

Saya dah agak dah!

Ok ini dia saya buatkan video je terus supaya  senang nak faham dan rujuk.

Teknik kedua pula ialah Questiondb.

#2. Questiondb.io

Anda pergi ke…

https://questiondb.io

Di dalam web ini, anda hanya perlu menaip “Keyword” yang anda inginkan.

Pastikan keyword itu berkenaan dengan niche bisnes anda atau topik yang anda nak hasilkan.

Contohnya anda menjual produk SUPPLEMENT DIET.

Search je ke web tu..

“Diet Tips”

Dia akan keluarkan berjuta-juta soalan yang telah diajukan di pelbagai laman web dari masa ke masa.

Soalan-soalan ini menunjukkan:

[+] Masalah apa yang kebanyakkan orang hadapi

[+] Apa yang orang pentingkan


[+] Perkara yang diminati oleh orang ramai

Dengan kata lain, banyak idea content yang hebat anda boleh dapatkan hanya menggunakan tools website ini sahaja!

Paling best apa?

Content idea yang anda dapat daripada tools ini adalah content yang…

“Apa yang orang nak tahu”

Bukan apa yang anda minat nak tulis.

Itulah kunci kepada sesebuah content yang sangat powerful.

Content yang menyelesaikan masalah dan content banyak orang tanya atau cari.

Yang ni saya tak lukis sebab ianya very straight forward 🙂

Teknik ke 3 ialah KeywordTool

#3. KeywordTool.io

OK yang ni pergi je ke…

https://keywordtool.io/

Dalam tools ini, anda boleh search apa sebenarnya orang cari.

Dia akan berikan cadangan jumlah keyword yang ramai orang cari.

Lagi tinggi volume search tu maka lebih ramai yang mencari maklumat tersebut.

Contoh anda search perkataan “skincare” dia akan beri suggestion macam :

– Skincare untuk kulit berjerawat
– Skincare untuk kulit kering
– Skincare untuk kulit kusam
– Skincare untuk kulit berjerawat

So anda kena buat content yang menjurus kepada idea topik-topik ini.

Setiap carian adalah keperluan, kehendak, minat dan keinginan orang.

Bayangkan bagaimana perniagaan anda mendapat keuntungan jika anda dapat menganalisis trend carian di Google dan dapat memenuhi keperluan sebenar pelanggan anda.

Jadi itu antara tiga tools yang boleh anda gunakan untuk mencari idea content.

Saya pasti, dengan 3 tools ini sahaja sudah mencukupi untuk anda mendapatkan 100 idea content!

Kalau dah biasa, kurang dari 15 minit anda boleh dapat idea-idea content ini.

Kalau anda fokus dan ikuti step yang saya berikan, saya pasti anda boleh selesaikan setahun punya content iaitu 365 idea content dalam masa sehari.

Selepas ini anda hanya fokus execution, bukan kepada pencarian idea.

Best kan?

Banyak lagi saya nak kongsi berkenaan Idea Konten tapi cukup yang ni dulu sebabnya…

BANYAK tidak bermaksud BAGUS tetapi apa yang diamalkan walaupun sedikit itu yang memberi MANFAAT.

Next  topik high demand skill, saya akan kongsikan berkenaan…

Next Topik: Gambar Iklan

Saya akan cuba kongsikan bagaimana nak memastikan gambar yang dihasilkan menarik dan juga sesuai untuk dijadikan gambar iklan.

Yang bestnya hanya pakai Smartphone je.